Monday, December 31, 2012

❤ Entry terakhir utk tahun 2012!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Hari ni merupakan hari Isnin terakhir utk tahun 2012.. wuaaaa!dah nak masuk tahun baru dan umur pun akan meningkat. no more zaman remaja! jadi dengan kesempatan yang ada niesa nak update blog cepat2 memandangkan niesa ponteng hari sabtu lepas jadi kemungkinan kerja yang banyak adalah 97.89%!padan muka sapa suh ponteng kan..hehe

Sejak kebelakangan ni niesa jarang nak menjenguk blog-blog kawan-kawan dan belum ada masa nk membalas kunjungan..busy!busy! dan busy!hahaha..busy la sangat ye..nanti kalau ada masa niesa melepak kat rumah korang tu okey!hari ni entry pendek je sebab taknak melepaskan hari terakhir untuk tahun 2012 ni..hehe..jadi macam biasa la ye..tahun baru, azam baru, kehidupan baru agak-agak nak boypren baru boleh tak?searchingggg...tett!tett!tet!tettttttttt.....hhahahahaha...macam biasa blog sendiri letak gambar sendiri.okbai!


"House of healty Foods" pekena Laksa Sarawak tu yang healty sgt..hahaha

Wednesday, December 19, 2012

❤ Wordless Wednesday : Cara Merehatkan Minda Gaya Saya ❤



* Perisa Kegemaran *


okbai!(^_^)

Tuesday, December 18, 2012

❤ Hadiah Dari Acik! ❤

Assalamualaikum dan selamat petang!

Hari ni barang yang acik kirim dah sampai..cantik sangat!paling niesa suka keychain love kaler PINK.. semestinya gila pink ok..hahaha..nak tahu kenapa niesa dapat hadiah dari acik? Sila baca SINI. Thanks a lot acik yang cantik!much love.. xoxo.. (^^,)

cantik kan hadiah dari acik.. (^_^)

Monday, December 17, 2012

❤ Menjelang Tahun 2013 ❤


Assalamualaikum dan selamat petang!

Memandangkan tinggal 14 hari lagi sebelum menjelangnya tahun 2013 niesa tiba-tiba duk termenung dan berfikir..untuk tahun 2013 ni apa pulak azam niesa.. apa yang niesa cuba capai untuk tahun 2013 atau apa yg niesa cuba ubah untuk tahun 2013..Kalau di ikut rasa hati memang terlampau banyak.. tapi untuk tahun 2013 ni nanti niesa berazam nak beli Samsung Galaxy note 2..eh!tersasar plak azam..tipu ok..mungkin azam tahun depan nak menjadi seorang wanita yang jiwa nya sangat kental..tak de nak sensitip2 dah.. dan yang paling penting azam niesa nak tolong mak ayah niesa!tu paling penting.. yang kedua penting macam yang niesa cakap nak jadi perempuan yang kuat!bukan kuat dari segi fizikal.. tapi dari segi mental dan emosi.. kalau nak listkan satu2 azam memang banyak.. hahaha..

Niesa doakan semua azam untuk tahun 2013 kawan-kawan niesa tercapai.. amin!




notahati : ketidaksabaran menunggu untuk Majlis Konvokesyen Politeknik.. laamaaa gilllerrrrr!niesa habis hujung bulan 4 2012 dan konvo 2013 tidak pasti bulan berapa..haadoiii....saabbaa je la...

Friday, December 14, 2012

❤Layanan buruk dibalas dengan kemenangan! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Tetibe tajuk entry hari ni panjang lak kan..bukan apa ketidaksabaran nak tunggu game malam ni..game penentu sama ada Malaysia layak utk beraksi ke final atau pun tidak. Berbalik kepada tajuk skuad HM mendapat layanan buruk daripada Thailand.. Cuba tengok gambar-gambar yang niesa curik dari page Malaysia Soccer News nih..

Padang ke ni?


nak buat persalinan pun tak ada tempat ok??


cuba korang komen.. apa sebenarnya agenda pihak lawan?nak menjatuhkan semangat HM?


Biar lah dorang layan kita dengan buruk sekali pun.. layanan buruk dibalas dengan kemenangan.. Allah kan Maha Adil..

Biarlah bersusah payah berlatih dekat padang yang penuh ngan lopak dah macam bendang dah tu..bak kata pepatah berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..
Kepada Skuad Kebangsaan selamat berjuang menentang Thailand mlm ni..kepada semua rakyat Malaysia.. Jom kita ramai-ramai bagi semangat tak kira la kat mana kita berada.. "Tanah Tumpah Darahku!" jangan lupa saksikan perlawanan PUKUL 8 Malam ok..hahaha..GO HARIMAU MALAYA!!

Saturday, December 08, 2012

❤ Makanan orang Sarawak ❤

Assalammualaikum selamat pagi!

Tiba-tiba pagi ni terdetik nak buat entry pasal makanan sarawak plak..dulu post entry pasal buah-buahan..dah baca?tekan SINI. kali ni nak memperkenalkan makanan-makanan yang ada kat sarawak.. mungkin bukan kat sarawak je ada kot.. dan mungkin dekat sabah pun ada cuma nama nya berlainan.. ampun kalau salah!hehe

Gambar yg pertama ni nama dia "Ayam Pansuh"..mesti korang tau kan.. dalam tv kan ada..ayam yang dimasak dalam buluh.. orang dulu-dulu mana ada periuk belanga segala jadi dorang masak la dalam buluh dan rasanya memang lain sedikit la daripada yang di masak dalam periuk tu..

sumber : SINI


yang ini pulak ialah "Linut" atau "ambuyat" kat Sabah pun ada ni tau.. linut ni rasa dia tawar-tawar sikit.. kena  cicah dengan sambal belacan baru la terasa kenikmatannya..linut ni bukan di makan dengan nasi .. agak pelik bila di makan dengan nasi..hahaha.. dimakan dengan lauk pauk macam sayur midin ke or sayur keladi.. yang penting linut ni tak dapat di kunyah.. korang kunyah la brapa jam pun xkan dapat.. kena telah terus.. sedap!



sumber : SINI

Next, sayur midin.. sayur ni memang popular kat sarawak.. kalau niesa lebih suka makan kerabu midin daripada sayur midin goreng belacan.. tak tau la kenapa.. 

sumber : SINI

"Umai" ialah ikan mentah yang di hiris halus-halus lepas tu buh garam sikit, aji skit, bawang merah, cili, air limau dan apa lagi ea?niesa pun xpasti sebab niesa tau makan je.. hihi.. niesa paling suka makan bila ayah niesa sendiri yang buat.. perggh!terliur la pulak.. umai ni di makan dengan sagu atau pun tupik.. dua lagi makanan yang berbeza.. sagu dia agak lembut dan tupik agak keras dan size nya lebih kecik daripada sagu..

sumber : SINI

dalam banyak-banyak makanan yang kat atas niesa punya favourite ialah umai dan kerabu midin.. dan yang paling-paling niesa suka sangat makan..semestinya "Laksa Sarawak" buatan ayah niesa...perggghhhH!!! kalau makan memang tak ingat dunia..sedap giloosss...ayah niesa ni kalau bab masak macam laksa dan umai dia memang terer..

sumber : SINI

eh!lagi satu makanan yang niesa lupa..!!"mee kolok" atau "mee sapi" jugak makanan yang sangat-sangat terkenal di sarawak.. kalau korang datang sarawak rugi tau tak cuba mee kolok ni..


Perut niesa dah "berjamming" bila cerita pasal makanan nih.. mengidam la pulak nak makan otak-otak...ok!out of topik..hehe.. semua gambar yang kat atas bukan kepunyaan niesa.. jadi niesa dah linkkan blog yang punya gambar tu kecuali gambar mee kolok..tu niesa sendiri tangkap..hihihi..jadi kawan-kawan semua.. Jom la datang sarawak! (^_^)


Nota Hati : Niesa dan sorang lagi blogger Cik Keyrah akan buat 1st GA..dan kita orang akan bergabung dan berganding bahu utk melaksanakan Giveaway pertama kami..hehehe..tunnggguuuuuu!!

Wednesday, December 05, 2012

❤ Worless Wednesday : Tanda merindui PoliKu ❤



translation :
myrot : Ada perjumpaan asrama kt dewan mlm ni...
Niesa : Ok..awk pg?
Myrot : Pg la..gila x pg..ada spotcek oi..
Niesa : Yeke?ok2..sembunyi tmpt masak(korg panggil apa ea?tmpt yg kita guna utk masak tu..dapur gas ke apa?xtau..hehe) dlu baru pg..pakai baju kamsis kan?
Myrot : itu la kan..dah la sy xmandi lgi nih..asal ada test or quiz mesti ada perjumpaan mlm2 cm ni...awk    bawak buku x?
Niesa : Tu la..nasib baik saya dah mandi awl..sy bawak note je..xnak la bawak buku..

#hehe..dah macam bukan wordless wednesday la pulak..xpaham sila tanya..TQ.. ^_^

Friday, November 30, 2012

❤ Jom kongsi nama buah! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

memandangkan sekarang ni musim buah.. tiba-tiba terfikir adakah semua nama buah kat tempat kita diberi nama yang sama dan adakah semua tempat ada buah yang sama.. jawapan nya mesti tak semestinya kan? entry kali ni niesa nak berkongsi sikit pasal nama-nama buah atau jenis-jenis buah yang ada kat sarawak!sebelum tu dalam bahasa melanau buah = Ong.. hehe

buah yang pertama..buah ni dia tak ikut musim kot..cara nak makan dia kena rendam dulu dengan air panas.. kalau dah lembut sikit isi dia baru leh makan..sebelum makan kena gaul ngan sedikit garam baru la sedap.. boleh di makan macam tu je ataupun makan dengan nasi..inilah buah DABAI!rasanya kat sarawak je kot ada..sori kalah salah!hehe

sumber : SINI

Untuk buah yang kedua, Buah Pakan. Buah ni lebih kurang macam durian.. tapi isi dia warna jingga kemerahan pastu agak keras sikit dari buah durian..buah ni ikut musim macam buah durian gak la..tapi buah durian lagi sedap dari buah ni..hehehe

sumber : SINI

Seterusnya buah terap..haa.. buah ni niesa tak pasti hanya ada kat sarawak atau pun semua orang tau pasal buah ni.. kadang2 ada orang panggil buah ni buah Lumok..buah terap ni salah satu niesa punya paberet.. sangat-sangat sedap bila isi dia putih dan besa..perggh!selain isinya boleh dimakan.. bijinya pun boleh dimakan tapi kena goreng dulu..goreng kering la..kt bawah ni la gerangan buah terap ni..

sumber : SINI

Buah yang satu lagi ni niesa tak pernah makan.. tapi tu paberet ayah niesa..nama buah tu eng-ka-lak.. kena sebut betul-betul tau..hahaha..cara nak makan lebih kurang macam buah dabai tadi.. rasanya niesa tak tau la kan macam mana..kena tanya ayah niesa dulu..hehe..

sumber : SINI

Ada macam-macam lagi kot buah yang niesa sendiri pun tak tau namanya.. makan je tau..hehe..kalau kat tempat korang ada tak buah-buahan yang pelik?jom kongsi!

Monday, November 26, 2012

❤ Kenapa Perempuan Minat Bola? ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Memandangkan sekarang ni musim Piala Suzuki AFF..jadi topik pun bola la kan?walaupun Malaysia kalah malam tadi.. harap Malaysia akan terus bangkit menentang Laos Rabu ni..

Lelaki dan bola sepak memang dah sebati dari dulu-dulu lagi kan? memang tak de la yang nk dihairankan.. tapi bila disebut Perempuan dan bola sepak mesti ada sesetengah kaum Adam diluar sana akan berfikiran negatif.. maksud niesa bila seseorang perempuan tu minat kepada bola sepak. Macam tu la gak yang terjadi kat diri niesa ni.. yang mengutuk nya bukan orang lain.. kawan-kawan lelaki sendiri gak.. "Alah, ko perempuan.. apa ko tau pasal bola-bola ni.. yang ko tau terpekik terlolong tengok bola.." memang tak di nafikan perempuan ni bila tengok bola mula la tak pandai diam kan.. namanya dah PEREMPUAN.. tapi tak semua kot.. "Perempuan ni bukannya nak tengok bola pun.. saja nak tengok pemain-pemian hensem kat dalam padang tu.." Perempuan tarikannya mesti la lelaki.. Lelaki mesti la tarikannya Perempuan.. tak payah nak kata perempuan je.. Lelaki pun sama.. kebanyakkan kawan-kawan lelaki niesa akan judge niesa macam tu..

Kadang-kadang kita tak tahu kenapa seseorang tu akan minat sesuatu.. tak kan la minat sesuatu tu tanpa ada yang mendorong kan? sejak niesa berumur 7 tahun niesa dah didedahkan oleh ayah niesa dengan dunia bola sepak ni.. jadi sekarang niesa nak salahkan ayah niesa la ye sebab sekarang niesa minat giler ngan bola sepak ni.. cam tu?dalam adik beradik niesa yang ramai tu hanya niesa sorang je yang aktif bersukan.. niesa pun tak tau kenapa.. dulu masa kecik-kecik ayah niesa memang selalu bawak niesa g teman dia main bola.. kalau dia ada game niesa la anak perempuan yang akan pegi teman dia.. jadi pom pom girl la katekan.. hahaa..  masuk je sekolah rendah.. niesa pulak jadi tomboi, pegi padang men bola ngan lelaki sampai kena kejar ngan mak guna rotan.. hahaha..rambut dah pendek.. hitam plak tu.. memang kena la.. bila dah meningkat remaja sikit orang-orang tua selalu bising perempuan tak manis main bola.. jadi niesa beralih arah kesukan-sukan lain macam sofbol, hoki dll..............................

DAN sekarang!niesa dah jadi fanatik gila dengan Pasukan Malaysia a.k.a Harimau Malaya..tapi takde la taksub sangat tengok dorang.. niesa tak sokong sangat pasukan ikut negeri sebab bagi niesa nanti timbul pulak perasaan tak puas hati.. lebih baik sokong Malaysia yang merangkumi semua negeri tak kira Sarawak ke, Sabah ke, Selangor mahupun Kelantan..(walaupun pemain sarawak takde main utk skuad kebangsaan ni..) dan malam tadi agak tak suka tengok komen2 negatif penyokong Malaysia disebabkan kekalahan 0-3 menentang pasukan Singapura.. kalah menang adat bertanding.. (akui game malam tadi agak hambar) tapi tak payah la nak mengutuk macam kita ni HEBAT sangat.. kalau kita hebat kenapa bukan kita yang bermain untuk Malaysia kat padang tu? kenapa bukan kita dan kenapa mereka???jadi kesimpulannya TERUSKAN MENYOKONG SKUAD KEBANGSAAN KITA..GO HARIMAU MALAYA!!

nota hati : entry ini hanyalah luahan hati niesa dan bukan untuk menimbulkan kontrobesi..haha.. peace no war.. aaauuummmm!!(^_^)

Tuesday, November 13, 2012

❤ Mission over target! ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Entry kali ni pasal misi niesa untuk menaikkan berat badan..whuahuahua..untuk mendapatkan berat badan yang ideal.. niesa telah melaksanakan satu misi untuk menaikkan beberapa kg berat badan niesa ni.. pelbagai cara telah digunakan dan antaranya

1. Makan dengan banyak
sumber : SINI

2. Makan coklat banyak-banyak

Sumber : SINI

dan kesannya ialah.. 

Sumber : SINI

over target la pulak!!hahaha...sekali naik 5kg daaa!kira ok lagi la kot..masih boleh lagi menikmati kit kat.. kalau x terpaksa la beralih kepada choki choki..hehe..kepada kawan-kawan diluar sana.. jangan tiru aksi ini..peace no war.. (^_^)

Wednesday, November 07, 2012

❤ Wordless Wednesday : Gudluck Harimau! ❤


Sumber : SINI

Saturday, November 03, 2012

❤ Kemalasan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Malas adalah sesuatu perasaan dimana seseorang akan enggan melakukan sesuatu kerana didalam fikirannya sudah memiliki sesuatu yang negatif atau sudah tidak mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perkara.



Hambik!tetibe je..semenjak dua menjak dan tiga menjak ni penyakit M dah semakin merebak keseluruh urat saraf otak..setiap pagi asyik rasa berat untuk pergi kerja..adakah disebabkan niesa tak enjoy semasa bekerja dan adakah niesa tidak menyukai pekerjaan niesa sekarang?atau adakah disebabkan kebosanan semasa bekerja sebab asyik-asyik bersembang dengan PC, meja dan kerusi yang sangat memahami jiwa dan raga niesa..?haiiss...tak habis-habis dengan keluhan..inilah kesannya bila kita seorang yang aktif tidak kira aktif dari segi mulut dan segala-galanya tiba-tiba mati kutu keseorangan membuat kerja di opis yang sangat lah menyeramkan ini..

Sekarang ni nak update blog pun tak ada idea sebab otak dah beku..game Angry Bird jugak yg syok layan di kala kebosanan yang melampau bila takda kerja..weeeeee~~ cita-cita untuk menjadi blogger tegar sudah lama terkubur dan semakin hilang dimamah usia..(tiba-tiba rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu... apa kah?)

Masa tengah update blog ni, tiba-tiba terdengar satu suara yang agak menyeramkan..rupanya.....


perut niesa jamming rupanya..patut la pelik je..hahaha..dalam otak terus keluar awan-awan dan nampak..


semakin rancak perut-perut ni jamming tengok makanan kedai atok..dem~

cukup la setakat ni..terlebih idea la pulak..ngihihihi...sebelum niesa undur diri untuk entry yang tersangat la bosan ini..izinkan niesa menyampaikan satu ucapan kepada Harimau Malaya..

Semoga berjaya untuk perlawanan malam ni!!tak sabar nak tengok harimau beraksi..Go Malaysia! aaauuummmmmmmm!!SELAMANYA HARIMAU MALAYA..(maaf kalau terlebih eksited..)


Terima kasih sudi baca sampai habis.okbai!

Thursday, October 25, 2012

❤ Salam AidilAdha buat semua! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi.

Dikesempatan ini niesa nak ucapkan Selamat menunaikan ibadah Qurban bagi semua umat Islam diseluruh dunia.. bagi yang nak balik kampung tu.. berhati-hati di jalan raya.. pandu cermat jiwa selamat dan ingatlah orang yang tersayang..tak sabar nak makan banyak esok!hee~ Salam AidilAdha! (^_^)


Sumber : SINI

Thursday, October 18, 2012

❤ Pagi yang menggeramkan!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Pagi ni tak terfikir pun nak update blog tapi disebabkan perasaan geram dan marah yang amat-amat niesa rasa nak hamburkan kemarahan ni kat blog. huh! *mood marah*

Korang mesti nak tahu kenapa niesa pagi-pagi nak marah kan?tadi masa otw nak g kerja.. ada satu kereta saga hitam.. dia kat depan niesa kat belakang.. dan niesa naik motosikal.. Semalam satu hari hujan dan semestinya ada lopak-lopak air kan.. dan tadi, mamat-mamat dalam kereta tu boleh pulak dia main pijak-pijak air dengan kereta dia!! memang dasar lelaki bodoh! dah la sepanjang jalan tu dia langgar air-air tu dengan laju!apa dia xnampak ke niesa kat belakang.. dan boleh plak kawan dia kat belakang pandang-pandang niesa dan gelak! memang pagi-pagi nak kena sumpah la! kalau niesa basah memang niesa kejar lelaki-lelaki bodoh tu!memang dasar GGAAAYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! niesa xpernah jumpa lelaki xde otak macam tu.. haisss...*merosakkan mood org je pagi-pagi cam ni *

Wednesday, October 17, 2012

❤ Wordless Wednesday - Happiness ❤



Monday, October 15, 2012

❤ Rindu zaman belajar!! ❤


Assalammualaikum dan selamat pagi!

Masuk hari ni genap la 5 bulan 15 hari niesa meninggalkan Politeknik Kuching Sarawak.. tempat yang telah meninggalkan banyak kenangan manis, kurang manis, masam manis dan pahit dalam kehidupan niesa sebagai seorang pelajar. Tempat yang telah banyak mengajar niesa menjadi seorang wanita yang berjiwa kental.. wah!kental la sangat.. HAHA!


Malam tadi tiba-tiba hati ni tergerak nak mengimbau muka-muka niesa zaman skema.. tangan ni gatal nak tekan folder gambar-gambar niesa dari semester 1 sampai la final sem.. Rindu siot!! Walaupun masa belajar tak sabar-sabar nak habis belajar.. KONONNYA! I knew this moment will happen!sekarang rindu-rinduan la pulak..ape kess??

Biarlah semua tu jadi salah satu kenangan terindah dalam hidup niesa.. Buat semua yang pernah hadir dalam hidup niesa.. terima kasih untuk semua kenangan.. hukhuk… sedih! Teringat sedikit lirik lagu Graduation (Friends forever) by Vitamin C,

“And so we talked all night about the rest of our lives, where we’re gonna be when we turn 25, I keep thinking times will never change, keep on thinking things will always be the same, but when we leave this year we won’t be coming back, no more hanging out cause we’re on a different track..”


Muka mula dari semester 1 sampai la final sem.. blog sendiri kena la letak muka sendiri kan.. hikhik..




Gambar bersama classmate dan juga penasihat akademik Cik Siti Nurfaizah.. PA yang the best in the world..tagline “kita hebat”.. ada kisah pahit disebalik tagline tu..HAHA! KAMI DAT/SEKSYEN 1..


Kalau nak lebih feel, sila rajin layan video di bawah.. hihihi.. bye!(^_^)


Thursday, October 11, 2012

❤ Entry tak bertajuk ❤

Assalammualaikum!selamat petang!

Hai kawan-kawan!lama gila tak hupdate blog.. terbatuk-batuk je blog berhabuk. Rindu!!! lama tak jenguk kawan-kawan blog.. uhuk.. cita-cita nak jadi blogger tegar hilang dah berterbangan di awangan.. lama tak update blog otak pun dah macam otak-otak yang sedap..k merepek. Sebenarnya niesa tak tau nak update apa.. tapi nak kongsi satu quote yang niesa suka.. ada kawan post kt pesbuk.. jadi niesa share la jugak.. kalau boleh nak je niesa tag someone yang dulu beria sangat nk "melamar' KONONNYA... tapi usaha tarak.. tapi memandangkan baru je bulan puasa ri tu mintak maap.. jadi dilupakan sahaja hasrat itu.. kate 0-0.. jap g jadi 1-0 plak..malas la..


Kesimpulannya, jangan omong kosong dong..orang tua dulu-dulu kata "Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian.. bersakit-sakit dahulu bersenang-senang la kemudian.. " tapi tu orang dulu-dulu kate.. orang  sekarang cakap ape eh???

Friday, September 21, 2012

❤ KETINGGALAN! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!

Pagi-pagi ni datang ofis tiba-tiba rasa nak update blog..sejak dua menjak yang agak sibuk ni susah sikit nak update blog.. bukan susah.. sebab malas kot.. hehe tapi pagi-pagi niesa masuk blog tengok dashboard dah bertukar kepada yang baru..


Niesa sebenarnya tak suka pakai dashboard baru.. lebih suka pakai dashboard lama..hehe.. tak tahu la kenapa.. tu yang agak ketinggalan sikit terkedek-kedek nak godek dashboard baru ni.. 


Merindui dashboard yang lama ni.. hukhuk.. apa-apa pun niesa akan terus maju kehadapan.. hehehe..

NOTA HATI : Semua kawan-kawan sibuk mempersiapkan diri untuk sambung berlajar tinggallah daku terkapar-kapar kesepian.. hahaha.. lepas ni tunggu dia orang cuti je la baru la dapat hang out dengan kawan - kawan lagi.. yang dah berkerjaya pun semua kerja kat miri.. Allah je yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk niesa.. jadi niesa bersabar je la..kan kawan-kawan?? (^_^)

Wednesday, September 12, 2012

❤ Wordless Wednesday - Persiapan Sambutan Hari Malaysia ❤


Wednesday, September 05, 2012

❤ Wordless Wednesday ❤


Saturday, September 01, 2012

❤ Cakap siang pandang-pandang ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi kawan-kawan! Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke55! semalam sambutan hari kemerdekaan disambut dengan meriah nya di semua tempat termasuk la kampung niesa.. tapi entry kali ini sedikit berbaur kemarahan. Nak tahu kenapa?? semasa semua orang sibuk menyambut kemerdekaan tiba-tiba ada seorang pemberita or wartawan or wat so ever la..yang pasti MHI TV3 pagi semalam telah menyinggung perasaan KAMI semua penduduk BINTULU. Kenapa niesa cakap dia menyinggung perasaan kami?? dia telah mengumumkan secara langsung di tv3 bahawa sambutan Hari Malaysia akan diadakan di BINTULU yang DAIF..what??DAIF??JAP. Dia tahu tak apa maksud dhaif/daif disini???

"Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka DAIF = HINA/CACAT/LEMAH" sumber SINI

Niesa nak tahu gak dari segi mana yang dia cuba sampaikan bintulu ni daif?? sayang nya muka cantik sangat-sangat lagi dia dah bertudung sekarang ni.. Cik Kak tak buat research dulu ke sebelum mengeluarkan kata-kata yang sebegitu rupa??niesa sebagai warga bintulu sentap tau.. Kami ni bandar oil and gas.. bukan nak bangga tapi tu adalah kenyataan.. susah-susah bawak je cik kak tu datang bintulu..

Meh niesa nak tunjuk beberapa gambar yang menunjukkan bintulu ni daif..


Malaysia LNG s/b - Penyumbang UTAMA ekonomi negara. SUMBER

Airport Bintulu (Flight KL-BINTULU pun ada) itu ke yang dikatakan DAIF? tak caya sila cek sendiri..hehe..

Parkcity Mall - Ni GUA tempat kita orang shopping

Banyak lagi tempat yang menunjukkan Bintulu ni semakin berkembang maju.. buat apa beli Ipad,tab mahal-mahal kalau guna buat bertuit-tuit dan berfesbuk je.. jadi inikah BINTULU yang dikatakan DAIF itu?sama-sama la kita renung... sebab tu nenek-nenek, atuk-atuk kita dulu pernah cakap "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Haa...kan tak pasal-pasal dapat populariti murahan cam gitu.. niesa sebelum ni suka kot tengok muka dia..dah la cantik.. bila dia cakap macam tu je.. sakit hati kot.. Tanah Tumpah Darahku tu.... walaupun ada sesetengah orang akan cakap.. dia cakap daif je bukan kutuk lebih-lebih.. semua orang buat silap..yeahh.. memang..tapi kalau dah buat silap tu pandai-pandai la mintak maaf ye.. anda telah menyinggung banyak perasaan penduduk bintulu..kbai!

Monday, August 27, 2012

❤ Kad Raya Lagi! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi! minggu lepas niesa dapat 2 kad raya lagi! dua-dua daripada kawan blog niesa yang tersayang..dari hari tu lagi nak update pasal ni.. tapi tak berkesempatan langsung.. busy memanjang almaklum "orang penting" hikhik.

Kad raya ni daripada DIDI! blog dia ^^Cheritera Chenta^^

Didi ni cikgu tau.. salah satu subjek dia ajar ialah ART.. jadi terbukti ke-kreatif-an beliau melalui kad raya ni.. comel je n warna warni.. heee~ usia perkenalan kita orang dalam alam maya ni dah setahun lebih kot if i not mistaken.. ada la 2,3 kali keluar ngan didi tahun lepas..thanks didi!!

Kad raya yang kat atas ni korang agak-agak daripada siapa?? ini adalah daripada Cik Keyrah kita!! Blog dia BLOG CIK.KEYRAH

Niesa bukan setakat dapat kad raya yang cantik tapi niesa dapat bookmark sekali!

Cantik kan? niesa baru je kenal Cik Keyrah ni bulan lepas.. niesa dengar keyrah nak datang sarawak.. jadi kalau ada soalan pasal sarawak boleh la inbox fb niesa..hehe.. keyrah pun baru add niesa.. jadi jangan segan2..btw, thanks keyrah untuk kad raya yang comel & bookmark yang bermakna tu!(^_^)

#ok lah. niesa nak bergerak ke showroom pulak. Hari ni tugas kena jadi ofis girl. Selamat bekerja kawan-kawan.

Friday, August 24, 2012

❤ Beraya Sakan ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi. Saya kembali!! Masih dalam mood raya dan masih nak makan ketupat rendang.. raya tahun ni.. sangat best!dan sangat2 osem dan raya tahun ni tiba-tiba HATI ni diketuk..whahaha.. tapi masih belum dibuka lagi..belum masanya.. walaupun hati meronta-ronta.. ecewahh..statement nak kena kaki..

Semestinya warna PINK menjadi pilihan dan yang paling penting tahun ni baju raya satu warna dengan dinding.. ~_~ terrbaaeekk!

Pink lagi.. setiap hari pink.. beraya sampai tak ingat dunia.. antara mereka bertiga ada sorang jejaka yang buat jantung niesa rasa nak terkeluar.. weeeeee~ every year dia orang ni la peneman niesa beraya.. ada lagi yang lain.. BANYAK!

Malam ni nak pergi open house rumah boss plak..agak-agak boleh tak awak temankan saya?? *blushing* tapi hari ni nak cuba uji dia (my fren punya suggestion ) dia cakap macam ni "try ignore him for a few day.. kalau dia betul-betul serious dia akan sedaya upaya cari niesa.." lagi apa eh kawan niesa cakap.. lupa plak.. kesimpulannya easy come easy go la.. hahaha..

#AWAK!berusaha tau!!ahad ni dia dah nak balik penang.. Selamat berhari raya kawan-kawan! eh..dan selamat berkerjaaaaa.. (^_^)

Monday, August 13, 2012

❤ Selamat Hari Raya Aidilfitri!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!!entry kali ni niesa nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!hehehe.. bukan apa nak ucapkan awal-awal sebab takut tak diberi kesempatan nak update blog.. biasa la "orang penting" ni..hehehe.. mungkin dalam minggu ni niesa kat showroom kena settle masalah invois dorang.. macam-macam kena buat.. dah tu terpaksa berhadapan dengan mamat yang tak tahu dah niesa nak panggil dia apa.. dah ada bini tapi tahap kegatalan.. aduhai.. sabar je la..

#Di kesempatan ni niesa nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, terlebih bicara dan semua TER sama ada sengaja ataupun tidak. Niesa pun nak mintak maaf andai blog niesa ni kadang-kadang membosankan bila dibaca..hehe.. Kalau siapa-siapa yang nak makan kek lapis tu..datang la Sarawak Bumi Kenyalang! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN ye kawan-kawan!!sayang korang ketat-ketat.. (^_^) *hugs*

Sumber : SINI

Thursday, August 09, 2012

❤ Keliru dengan perasaan sendiri ❤


Assalammualaikum dan selamat pagi!dah hampir setahun masa berlalu.. niesa masih tak boleh lupakan seseorang.. sentiasa merindui dia.. niesa rindu dia atau kenangan dengan dia? setiap kali solat niesa selalu berdoa mintak petunjuk drpd ALLAH.. susah betul nak meluahkan apa yang terbuku di kalbu..uhuk!uhuk.. lagu Be Mine ni sesuai untuk niesa..hehe..selamat berpuasa!

MOOD : JIWANG LAGI BERKARAT!kbai

Tuesday, August 07, 2012

❤ Posto!Posto! ❤

Apa pistol??posto daa.. dah berapa tahun sejak kewujudan muka buku ni tak de dah terima kad raya dari kawan-kawan.. semua ucapan hari raya diterima melalui sms dan pesbuk je.. tapi tahun ni terima kad raya daripada seorang blogger kacak siapa lagi kalau bukan BONI KACAK!hehe.. thanks BONI!! Nak tahu kenapa niesa dapat kad raya daripada beliau?? Kalau nak tahu baca entry Boni yang INI..

Haa..siapa-siapa nak beraya rumah bro Boni kita ni sila la bawak kuih muih sendiri ye..hehehe

Btw, thank you so much BONI KACAK untuk kad raya ni.. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Boni dan semua kawan-kawan blogger yang tersayang..!! tak lama lagi nak raya…yeayy!!

#Dah brapa hari xupdate blog..tadi nk update tp pc kt bilik satu lagi masuk virus..ambik kau!malware ke apa..niesa ngan boss pun xtau nak buat apa dah..semua xleh bukak..ngahaha.. dan yang paling penting niesa sekarang ni buat bisnes kek lapis sarawak..order ditutup sabtu ni..sapa2 yang nak order tu boleh la tinggalkan komen ye..or kalau ada sebarang pertanyaan sila inbox fb niesa..tekan SINI..weee~

# Hari ke 18 Ramadhan. Selamat berpuasa kawan-kawan!(^_^)

Wednesday, August 01, 2012

❤ Wordless Wednesday ❤