Friday, September 30, 2011

❤ Hidup tak selalu indah..Langit tak selalu cerah.. ❤

Assalammualaikum dan selamat malam..setelah beberapa lama tak update blog dan hari ni muncul kembali..hahaha..biasa la..selagi kat poli ni..selagi tu la tak jumpa tiang line internet..haha..ouh! rindu nak berblogging lagi!rindu kawan-kawan blogger!(ada ke niesa kawan-kawan blogger nih) hehehe...malam ni tiba-tiba rasa nak online memandangkan ramai penghuni asrama yang balik ke rumah masing-masing dan kesibukkan line tu agak kurang sedikit...

Sebenarnya niesa dah tak tahu macam mana nak mulakan cerita kat entry ni..well, blog pun dah bersawang..banyak kot benda yang niesa tertinggal kat dunia blog ni..dengan keadaan hidup niesa yang tak tentu arah ni...kucar kacir..tak sabar nak habis belajar cepat-cepat!!stress~ malam ni tiba-tiba rasa jadi seperti orang yang tidak mempunyai apa-apa perasaan..rasa cam hati batu je.. marah?sedih?kecewa?mana pergi semua tu...malam ni betul-betul terasa amat-amat kosong..why? kenapa?kenak?malam ni nak baca Nota-nota cinta la..jom!niesa kongsi sama-sama eh..

“Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya.”


Saja baca pasal ni...sama-sama kita renungkan..


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

ahh!KOSONG!!!!peace no war..(~_~)

Tuesday, September 06, 2011

❤ Entry Berbaur Kemarahan ❤

Salam dan selamat malam!!entry kali ni berbaur kemarahan yang telah disimpan sebelum raya lagi..kemarahan terhadap poli niesa..ekekeke..persoalannya adakah patut niesa bakor je asrama ni dengan masalah airnya yang tak sudah-sudah..atau BOMkan je sehingga menjadi padang jarak padang terkukur..??korang rasakan mana satu sesuai??

Setelah dicuba beberapa jalan penyelesaian akhirnya semua menemui jalan buntu..kerana JawatanKuasa Perwakilan Pelajar(JPP) hanyalah ********** (perkataan tersebut tidak dpt disiarkan..harap maaf..) dan Jawatankuasa Perwakilan Kamsis(JPK) pula hanyalah sibuk nak tiru idea orang lain dan kesimpulannya dia orang bukan nak menitik beratkan keselesaan, keperluan, kedamaian dan semua ke-an- pelajar di Kamsis Desa Serapi ini..si JPP ni plak sibuk dengan aktiviti dia orang tak habis-habis..duit pelajar dia orang makan..JPK ni pulak tak habis-habis dengan meeting dia orang tapi apa pun tak bleh..dah la kad kamsis macam ****..bayar RM5 tapi kad macam RM2.50..adakah terdapat penyelewengan disitu???sakit hati tol...pengurusan ni lagi la..dia punya kepala..lagi la hampeh..pernah gak beberapa pelajar yang buat aduan mengenai masalah air..tapi macam tak ada apa-apa tindakan je...

Sepatutnya JPP & JPK ni concerned la sikit dengan masalah-masalah dekat poli ni..jangan la cuma sibuk dengan kuasa..berlagak dengan kuasa yang dia orang ada..tapi langsung tak bertanggungjawab...busy je memanjang..apa yang dia orang busykan niesa pun tak tau...bangga dengan jawatan yang dipegang tapi habuk pun tarak....ni baru isu air yang niesa kemukakan..kalau isu-isu lain lg la banyak..bukan apa..air kan keperluan..nak mandi, nak berak, nak kencing tu semua tak kan guna tisu kot..tak kan hari-hari bertayyamum kot??pastu buat minum, makan apa semua tu macam mana pulak??kesihatan pun penting beb..fikir la sikit kita orang yang duduk asrama ni....tak kan tu pun nak kena ajar..cakap IPTA...hampeh!(~_~)

p/s : kepada pihak-pihak yang berkenaan tu mintak selesaikanlah masalah ni secepat mungkin..tak kan nak tunggu kita orang pelajar ni buat aduan isi borang kualiti kot..kemon la...
BERTINDAK!!!!

Sunday, September 04, 2011

❤ Sikit-sikit lama-lama jadi bukit versi ke2 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang...hari ni saja nak update entry pasal nuffnang niesa.. lagipun tak tau nak buat apa...boring dan rasa mengantuk..hari ni niesa perlukan banyak rehat sebab malam ni dah bergerak balik poli..bas pukul 9.45 malam dan paling best dapat seat paling belakang sebab bas dah full...bagus!naik roller coaster la malam nanti..damn!sampai kuching dalam pukul 7 lebih pagi sebab perjalanan mengambil masa 10 jam..Bintulu-Kuching..sampai poli plak dalam 8 lebih..rehat-rehat kejap then kelas pukul 10...ponat la esok...ok.cukup pasal balik poli..

Niesa nak crita pasal nuffnang..dulu niesa pernah wat entry pasal nuffnang niesa.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..Alhamdulillah tabung nuff niesa sentiasa naik walaupun sikit-sikit...ok la tu daripada tak ada naik langsung...hee~biasa la...taaadaaa!!

Ehhh!salah..ni gmb raya..hahaha..saja nk tunjuk gak..al maklum la..cakap hari raya..heee~


(^_^)

Saturday, September 03, 2011

❤ CInta Buta or Kita bUta?? ❤

Assalammualaikum dan selamat petang..!pergghh!!tajuk entry...haha...orang time-time bulan syawal ni tajuk entry bia la Selamat Hari Raya ke..Crita dapat banyak duit raya ke..tiba-tiba plak entry masuk cinta-cinta..adoi...nama pun dah LOVECREW..apa boleh buat..hari ni meroyan sikit...hahaha...

Orang kata...."CINTA itu buta.."...dan ada orang kata.."CINTA tak buta..tapi manusia yang buta menilai apa itu CINTA.."mana satu betul ni...cinta buta atau buta cinta???pelik kan..bila berkaitan dengan cinta je..ada orang kata.."mencintai tak semestinya memiliki.."tu orang kata la..bukan niesa kata..C.I.N.T.A~ apa tu????

Lain orang lain pendapat tentang cinta..tapi yang pasti cinta tu satu anugerah dari Allah..manusia memang diciptakan untuk mencintai dan dicintai...tu semua lumrah kehidupan.."jenuh aku mendengar manisnya kata cinta lebih baik sendiri..bukannya sekali seringku mencuba..namun ku gagal lagi...."....."..malam-malam aku sendiri...tanpa cintamu lagi....."haa...korang mesti tau lagu tu...lirik lagu daa....

Saiful Apek plak pernah kata.."Cinta itu boleh di umpamakan bagai makan..sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan juga....."haa...betul!betul!betul..tipu la kalau cakap tak betul kan?entry kali ni agak berbaur seperti orang yang tengah frust..hahaha..ni la namanya jiwa kacau beb...orang sibuk beraya niesa sibuk taching-taching layan jiwang..memang parah la...ahh..cukup la dulu entry malas ni..hahaha..terasa agak mengantuk sebab malam tadi tak boleh nak tidur sangat..tidur lewat pastu bangan awal..jadi mata pun dah semakin memberat...sambung ke next entry je la..hihihi... Selamat hari raya!

Esok nak balik poli dah..hukhuk..tensen...nak buat open bilik plak la..sila-sila datang la ke asrama niesa..tapi bawak air dan makanan sendiri la ye...haha..(^_^)