Saturday, May 28, 2011

❤ Contest Friends Forever ❤

Salam dan selamat malam..hari ni agak bosan sikit sebab seharian melepak kat umah tambah2 lagi Mr.E kat taiping..ayah kepada abang ipar dia meninggal semalam and now dia otw balik to kl..tak sabar tunggu dia sampai rumah..miss him so much..!(~_~) tadi sibuk nak kemas blog Mr.E..dah petang-petang baru la berkesempatan nak bukak blog sendiri..tu yang tgk ada kawan-kawan yg tinggalkan jejak..jumpak plak Contest Friends Forever ni..lama gak tak join contest..panjang plak bebel..jom join!

~klik pada gmb kalau nk join~

Cara-cara nak join senang je...jom tengok :

1) Buat satu entry bertajuk: CONTEST FRIENDS FOREVER
2) Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry sini
3) Letak gambar korang bersama rakan-rakan korang. Gambar paling memberi kenangan untuk korang. Cerita la sikit dalam 2 3 ayat.
4) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu. (Follow aku jika anda nak up-to-date dengan contest ni, tak paksa follow)
5) Letak juga gambar baju yang korang like tu dan link ke facebook DROPLET HOUSE.

Macam mana??senangkan?so gambar yang niesa pertaruhkan....

Gambar ni masa trip to genting baru2 ni..word 'trip" tu cam ramai la plak yg pegi..padahal 4 orang je..ekeke..niesa pilih gambar ni sebab klaka..banyak kenangan time tu..seronok yang amat!thanks frens...

Niesa nak ajak kawan-kawan yg lain join contest ni..jom!


Niesa pilih baju ni..sebab apa?tak payah bagi tahu dah tahu kot...

Wednesday, May 25, 2011

❤ Ibarat di telan mati mak di luah mati bapak ❤

Salam dan selamat malam semua..entry kali ni agak lain sikit sebab lebih kepada luahan perasaan... blog ni je la tempat niesa meluahkan segala yang ada di hati..agak sentimental sikit word malam ni..haiiss..ni la akibatnya bila jiwa terlalu kacau..

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu."

Tiba-tiba tak tahu nak mulakan entry dengan apa..terlampau banyak sangat beban fikiran....
Bercinta salah dan tak bercinta pun salah. Antara sahabat dan kekasih, mana lagi penting?? Bagi niesa dua-dua penting. Ada orang sanggup tinggalkan sahabat demi kekasih dan ada orang sanggup tinggalkan kekasih demi sahabat. Kalau niesa pulak??dua-dua niesa tak sanggup. Nak tahu kenapa? Sebab dua-dua penting dalam hidup niesa. Hari ini niesa betul-betul tersepit antara sahabat dan kekasih. Benda-benda yang kita cuba elakkan tetap akan terjadi.

Kisahnya macam ni..selepas beberapa hari duduk terperap je dalam rumah memandangkan niesa tengah bercuti kat tempat orang so kebetulan kawan ajak pergi jalan-jalan putrajaya memandangkan niesa belum lagi ke situ. So dah bagi tahu awal-awal yang niesa tak boleh balik lewat. Perjalan di mulakan dengan menjemput 2 orang kawan yang lain iaitu kat desa petaling seorang dan kuaters kerajaan segambut seorang. Masa nak pergi rumah dia orang ni, si kawan ni pulak tak tahu jalan. Kalau dah tak tahu jalan tu confirm-confirm la sesatkan. 2,3 kali lalu jalan yang sama dan dalam setengah jam gak la sesat. Lain tempat nak pergi lain tempat lak sampai. Plan nak pergi ambik kawan yg dekat segambut, tapi sesat sampai ke sungai besi dan dekat pulak dengan rumah kawan yang sorang lagi..so, pergi ambik dia dulu. Then, nak pergi ambik yang sorang lagi silap jalan pulak dan terpaksa pusing jauh..bila dah sampai putrajaya pulak sesat nak cari jalan nk pergi taman botani. Nasib baik ada kawan tinggal putrajaya.. Dan boleh dikatakan hari ni hari yang penuh menyesatkan. Bila balik pun lagi la sesat. Bila dah sesat confirm-confirm balik lewat. Si tersayang pulak dah cakap siap2 balik before jam 10. Ni la yang buat niesa dalam keadaan serba salah..nak niesa salahkan kawan2 macam niesa tak menghargai je dia orang dah la penat2 bawak niesa pusing putrajaya dengan niesa tak keluar satu sen pun duit minyak apa lagi duit bayar tol. Nak marah orang yang tersayang pulak seolah-olah niesa lebih pentingkan kawan dari dia.. yang dekat kl ni plak niesa cuma ada kawan lelaki je.. kawan perempuan ada..tapi sorang je la..tu pun sibuk kerja dan duduk sepang.. apa la guna niesa datang bercuti kat kl kalau nk habiskan masa kt umah je..baik cuti kat sarawak..sama je la duduk kat umah. Entah la..susah nak paham dan susah nk dipahamkan.. runsing yang amat. Nasib baik kawan2 tak ambik hati dengan perubahan mood yang tiba2 jd moody..hurmm...entah la..betul2 pening..(~_~)

Saturday, May 21, 2011

❤ Aktiviti bila boring! ❤

Assalammualaikum!semakin hari semakin malas plak rasa nk update blog...semenjak dua menjak dan tiga menjak ni..blogwalking pun malas, update entry pun malas. Tu la akibatnya bila di biarkan sahaja penyakit M tu merebak di dalam tubuh badan kita..memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang blogger..perrggg!!rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu la pulak..wakaka...memandangkan niesa xde wat apa2 hari ni dan terasa bosan yang amat..nak keluar g mana-mana pun penyakit M dah menguasai diri + cuaca yang agak panas dan menyukarkan kulit muka niesa ni bernafas. Jadi aktiviti niesa pada hari ini dari pagi sehingga la ke saat ini ialah MAKAN!!wooaaa..naik kembung perut kena sumbat ngan makanan..dah kenyang benti kejap makan lagi..abeess!mana tak badan naik..hadoi!apa-apa pun..penyakit M ni mudah berjangkit..so, setakat ni je la entry buat hari ni...enjoy!kita makan dulu!!peace no war!(^_^)

tunjuk sikit je gambar..nanti jadi bahan bukti plak..hohoho..

Monday, May 16, 2011

❤ First Date bersama Cikgu..! ❤

Salam dan selamat malam semua..hari yang amat memenatkan..hari ni sibuk menghabiskan masa bersama insan2 tersayang..haha..nasib baik ada kawan2 yang baik hati..(baik la sangat...)dia orang la yang bawak niesa g pusing satu KL ni..balik dari jalan2 pastu singgah pasar malam jap..wooaaa!!gila ah banyak barang..murah!murah!mari!mari!masa untuk habiskan duit..hahaha..tettt!seperti tajuk entry...!first date ngan Cik Dyra kita..ehe..Sebelum tu nak ucapkan "Selamat Hari Guru" buat beliau sebab beliau kan cikgu...hari ni dah janji nak jumpa..tu yang Cik Dyra jemput kat umah..then beliau belanja satey kajang!wooaahh!sedappppp!

tadaaaa!sebelum


Niesa & Cik Dyra

Serius niesa cakap!Cik Dyra memang sporting habis!kawan2 dia pun..niesa asyik gelak je dengar dia orang..semua frenly termasuk adik cik dd!thanks sebab belanja niesa makan satey dan yang paling penting thanks sebab sudi jumpa niesa...haha..maaf dipinta kek lapis yang dibawa telah rosak..haha..cuma ada sedikit ole2 je untuk beliau dan yang penting niesa pon dpt gak!comel!

Hadiah dari Cik Dyra!cantik tak?comel kan??thanks!!

Agak tak sangka boleh jumpa sahabat blogger..tu yang cakap first date tu...statement niesa..saja nak bikin panasss ni..sekarang ni baru la tahu perwatakkan CIk Dyra macam mana..memang agak gila2 sikit orang nya..haha...tak kering gusi la kalau lepak ngan beliau ni...terrbbaiikkk wwoookk...InsyaAllah kalau berkesempatan lepas ini berjumpa lagi...

tiba-tiba malam ni rasa nak berpantun jap..

Kalau ada sumur diladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi..

Selamat malam!xoxo..(^_^)

Sunday, May 15, 2011

❤ Hidup ini umpama.... ❤

Salam guys..dah lama x update blog..bila nak update ada je masalah..dah 5 hari ni kat kl..terasa cam susah kat tempat orang..dah tu macam-macam pulak masalah yang ada..Bercinta salah tak bercinta pun salah..niesa sebenarnya tak ada idea nak update blog..blog pun dah bersarang..nak bagi tengok gambar pun ada kat kawan2 lagi..last thursday g genting ngan kawan2..seronok la gak.. hari ni pakcik pulak nk bawak g jalan2..dah tak mandi lagi..hoho..tunggu entry yang seterusnya ya..banyak yang nk diluahkan dan diceritakan dengan laling-laling semua..tp yang pasti sekarang.. I AM NOT SINGLE..perrgghh!statement..hurm...buat masa ni terlalu awal..tunggu dan lihat la ye..peace no war...(^_^)

Saturday, May 14, 2011

❤ Fall in Love with.....❤

Salam dan selamat pagi semua..semalam puas jalan-jalan dari pagi sampai la ke malam.. sampai-sampai umah plak mandi dan terus on laptop..semalam banyak menghabiskan masa di shah alam.. walaupun boring tapi sebab ada orang tersayang jadi tak boring plak dan hari ini dalam sejarah first time mabuk sampai termuntah-muntah..adoi..kawan bawak laju sangat kot..120 je...wuuaaa!laju siot kalau kat tempat niesa...dah tak biasa lagi..tu yang termuntah2...kecut perut gak la..tp sebelum g mana-mana Mr.E bawak jumpa mak dia..wuuaaa..gila nervous..sepanjang niesa couple dulu tak pernah lagi jumpa family dia org especially mak!first time!!nasib baik mak dia ok..baik.. macam dah direstui je..haha...Ohhh nnooo!!kenapa la sekarang niesa rasa gedix tak sabar nk berumah tangga...tangga dah ada rumah je tak ada sekarang ni..woopppss!
Dan semalam my fren suggest niesa business kek lapis kt sini..income pun masyukkk dia ckp..tp kan..penat weii..hahaha..xsanggup den...setakat kek lapis cadbury niesa reti la nak wat..kalau kek lapis lain tu tak cuba lagi..hahaha..dah tu sekarang tolong dia cari supplier ikan terubuk fresh..boleh dapat komisen..wuuaa..sejak berkawan ngan orang marketing ni tertarik plak ke arah business2 nih..haha..dia orang tu macam2 dia orang wat business...seafood la yang utamanya..
Actually entry ni lama dah nk post..tp memandangkan ada je benda yang nak dibuat...sampai xde idea..fikir tajuk entry je dah berjam..belum isi lagi..hahaha...apa2 pun..have a nice day!

Sunday, May 08, 2011

❤ Kasih hingga ke syurga.. ❤

ibu...ibu...
Engkaulah..ratu hatiku..
Bila ku berduka..
engkau hiburkan selalu..
ibu..ibu..
Engkaulah RATU HATIKU....

Khas buat Ibu Tercinta Saftuyah Binti Adam...selamat hari ibu..sayang mak..terima kasih untuk semua yang telah mak berikan..I LOVE U SO MUCH!!!muaaxx!!muaaaxx!

Buat ibu2 sedunia..SELAMAT HARI IBU!!

Friday, May 06, 2011

❤ Bosan yang terlampau ❤

Woooaaa!inilah akibatnya apabila cuti yang terlampau panjang..2 bulan je pun..ni la manusia, orang dah bagi cuti sibuk nak belajar nak kerja..orang suruh kerja suruh belajar sibuk nak cuti..unta padang pasir pun tak malas macam enti semua..haha..pening sudah..nak siapkan report malas pulak..nak wat apa ni weyyy...bosan sudah..naik gila niesa macam ni..nak keluar g jalan-jalan panas la pulak..nanti duit habis tak pasal-pasal niesa g KL bawah habuk..haha..sabar niesa..lepas ni bercuti la puas-puas..errkk!mengantuk pulak..tido jap ar..heee~

Wednesday, May 04, 2011

❤ Tabung naik lagi!thanks nuff! ❤

Salam laling semua..maka dengan rasminya niesa telah dilantik menjadi ketua kampung selama 2 bulan..hikhik..tett!sementara tunggu masuk sem 5 ni..tak tahu nak buat apa. Makan tidur dan on9 je keje..menghabiskan beras kat umah ni dan menunggu duit tabung nuffnang masuk!yeay!thanks nuff..hari tu check ada 50 sen je..then hari ni check ada RM1..alhamdulillah..sekurang-kurangnya bergerak gak tabung nuff niesa ni..ada gak hasil dari tak de langsung...weeee~ percaya tak?kalau tak percaya tengok ni....


Monday, May 02, 2011

❤ Weehh!tak jumpa pemadam berkesan! ❤

Salam semua..malam ni entry terlebih emo sikit. Hari ni terlebih rajin nak mengemas segala barang2 yang niesa ada..yela next week dah nak g KL..then next two month nak balik poli..takut tak sempat plak nk mengemas dan nak simpan barang2 yg nak di angkut ke poli..mula2 kemas hadiah2 yg orang bagi..macam2 ada..keychain paling banyak..haha..then, beralih ke rak kasut..selongkar kasut2 yang nak di pakai g kelas..pilih heel cantik2...hoho..then mata beralih ke satu high heel yg ada sentimental value sket..niesa ada crita pasal heel tu kat enty sini.. kalau malas baca niesa crita sikit kat sini ye..heel tu someone yg bg..hurmm...someone yg pernah bertahta dihati..beberapa bulan yang lepas..tapi now dah tinggal kenangan..tiba hati di paut angin rindu.. (mula la nak jiwang malam2 cm nih)tiba2 niesa rasa sedih dan terus bad mood..tak jadi pilih kasut..terus bawa laptop masuk bilik..dengar lagu fav dia..errgggh!!dah bapa bulan tak menangis dan malam ni nak nangis puas2!!
Kenapa la niesa perlu kenal dgn orang cam tu..tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada..tamak!sanggup mainkan hati perempuan..niesa dah cuba jadi kuat..cepat2 undur diri daripada orang tuduh niesa jadi orang ketiga..kalau la niesa tau dia dah ada awek..niesa xkan berharap ngan dia..niesa yang bodoh..percaya kat dia dan sentiasa bergantung ngan dia..dia plak sentiasa memberi harapan..thanks ye dah bg semua kenangan yang amat menyakitkan ni..sampai sekarang niesa ingat dan seolah2 benda tu baru je jadi semalam padahal dah berbulan..tapi niesa masih tak leh nak lupakan semua tu..kalau boleh nak simpan semua ni..tapi bila dah simpan lama2 cam ni la jadi..tak betul...hari2 mengelamun dan terbayang2 kisah lama.. dulu masa sama2..semua indah..walaupun dia tak nak lepaskan niesa..tp niesa mesti gak wat keputusan!biarlah niesa sakit..niesa tahu dia sayangkan niesa..tp dia xboleh tamak..biarlah niesa yang bawak diri sebab niesa orang ketiga yang hadir dalam diri dia..niesa tak salahkan dia..thanks untuk semua yg dia dah bagi termasuk heel, purse dan keychain..niesa akan jaga & pakai selagi niesa tabah lalui semua ni..kalau kita ada jodoh.. insyaAllah Allah akan satukan kita..tapi andai kita tiada jodoh..niesa doakan dia bahagia dengan si dia..maaf niesa tak boleh terima dia..walaupun dia susah nak lepaskan niesa..niesa akan cuba lupakan dia..Tuhan berikanlah aku cinta..dengar lagu tu..bertambah sebak plak..cuba untuk kuat..kuat dan terus kuat..niesa harap bila niesa sampai KL nanti dia tak kan cari niesa..niesa harap2 sangat dia dah lupakan niesa sekarang ni...kalau boleh niesa nak sangat crita panjang2 kat sini..tapi niesa tak mampu..i need someone plsss.....(T_T)

maaf entry kali ni terlebih plak..

Sunday, May 01, 2011

❤ Entry Khas buat sahabat followers..❤

Salam dan selamat petang laling2 sekalian..petang ni niesa nak wat entry khas buat sahabat2.. Sebelum tu nak mintak maaf banyak2 bagi yang dah follow niesa tu tapi niesa x follow balik..bukan tak nak follow..tp kadang2 ada yang tak tinggalkan link..so agak payah sikit nak follow..kepada kawan2 yang niesa xfollow lagi tu bagi tau niesa eh..jangan ambik hati tau.. =(

Entry petang ni pendek dan ringkas je ye..hikhik..pendek, ringkas bukan malas..

Cik Ezaty thanks rajin singgah blog niesa..sayang kitak..ehe...
Missh ika thanks selalu ingat niesa.. ILY..
Cik Dyra xsaba nak jumpa kamu.. Sayang kamu..(^_^)

Nota jari : khas buat Abdul Aziz kamek tauk kitak akan baca entry tok..jangan mok tetak2 ok..mun x siap kitak..nah kamek serta kan biodata kamek..wahh!rasa cam zaman dolok2 marek jak..tulis biodata kat kertas..zaman tok canggih kit dalam blogspot..hahaha...(sori ye ada terselit ckp srwk plak..Ezaty mesti paham sikit2 nih..hikhik...)

Nama penuh : Khairunnisa Binti Dahalan
Nama panggilan : Niesa / Eiy-cha
Tarikh Lahir : 29 jun 1991
Asal : Bintulu, Sarawak
Warna Kegemaran : Pink!
Cita-cita : Akauntan berjaya
Hobi : Baca novel, on9, berangan dan menangis

hahaha..cukup la tu..gelak bila wat biodata sendiri..teringat zaman skolah2 dulu..kalau ada peminat je mula la balas2 surat..mintak biodata la..haha..berpengalaman nmpk..hikhik..btw Aziz ni bkn peminat niesa tau!nnti xpasal2 jd kontroversi plak..haha..dia kawan baru niesa..!weeeee~ satu tempat practical..malam tadi sibuk nak tanya pasal biodata..nah!mun sik cukup maklumat padah ngan kamek..haha.. =P peace no war..(^_^)