Sunday, October 02, 2011

❤ CINTA TIDAK MEMERLUKAN SEBAB... ❤

p/s : entry ni bukan entry jiwang..tapi lebih kepada luahan hati yang selama ni terbuku di hati dan niesa tak tahu nak cerita kat siapa dah..jadi sekarang ni blog la jadi tempat niesa mengadu...

Salam dan selamat pagi..hari ni bangun awal sebab last nite tak boleh tido sangat..so bangun pagi dengan mata yang membengkak..nak buat apa hari ni eh..nak sibukkan diri supaya lupa segala masalah..semua orang mempunyai perasaan rasa ingin dicintai bukan??macam tu jugak niesa..tapi sayangnya antara kami tiada jodoh..selama ni niesa memberi harapan yang sangat tinggi dekat dia..apa yang niesa harapkan HE THE LAST PERSON yang ada dalam hati niesa..tapi Allah Maha Mengetahui..dia bukan untuk niesa..tapi jauh di dalam lubuk hati niesa..niesa sangat-sangat mencintai dia..dia tak kacak tapi dia seorang yang sangat penyayang dan manja..dia sangat menjaga niesa..setiap malam dia akan pastikan niesa tidur dulu sebelum dia tidur dan setiap malam gak la dia menyanyi sampai la niesa tertidur...I MISS HIM A LOT walaupun baru 2 hari hubungan kita orang berakhir..mungkin niesa bukan terbaik untuk dia..apa yang niesa harapkan dia berjumpa dengan orang yang sesuai dan terbaik untuk dia..dan niesa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia.."Semua orang mesti mati..tetapi cinta tak dapat dikuburkan kerana tak ada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup.."

Mungkin ada antara kita yang pernah terbaca satu cerita ni..memandangkan niesa terjumpa kisah ni..jadi niesa nak kongsi sikit...cerita ni buat niesa berfikir ada kebenaran disebalik cerita ni....

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:


“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

❤ Cinta tak memerlukan sebab..jadi kenapa kita perlu mencari KENAPA kita mencintai seseorang.. ❤

--> niesa tak ingt mna niesa dapat cerita ni sebab semalam selongkar laptop sebab nak cari artikel yang boleh motivate niesa dan akhirnya jumpa kisah ni...

6 comments:

  1. sedihnya. zaty pun first time baca sebenarnya. cinta tak perlukan sebab. romatik sangat. hmm, niesa.. cool sangat! best best! don't be sad k, dear.
    kita cuma mrancang, tuhan yg menentukan. apa yg trbaik skrg, chill babe. whatever is it, life have to go on :)

    ReplyDelete
  2. niesa sayang.... i know u can face all d problem....it hard n hurt u ....but it is a sign that Allah is luv u....kkdg Allah pertemukan kita dengan jodoh yang salah terlebih dahulu sblm Allah jumpa kan kita dgn jodoh yang sebenrnyer....sbb Allah nak kita dekat dgn DIA ;p....

    ReplyDelete
  3. @ezaty
    thanks a lot babe...sayang zaty sgt2...!agak terharu ada kwn2 blog mcm zaty n didi!(^_^)

    ReplyDelete
  4. @^^nu[dd]yra^^
    yah..betul tu..thanks ye didi..n thanks utk entry tu..sesungguhnya Allah dh tetapkan jodoh msing2..bia la masa yg tentukan nya nnti..ILYSM!! =)

    ReplyDelete
  5. @Niesa wah! terharu juga ada niesa disisi :)

    ReplyDelete
  6. wooottt...wooottt...
    nice entry babe... agree wif dat 200% hahahah....mmg perkara itu xmemerlukan sebarang sebab.. biarlah dia lahir dari keikhlasan sekeping hati...ceewaaaaahhhhhh...

    ReplyDelete