Tuesday, September 06, 2011

❤ Entry Berbaur Kemarahan ❤

Salam dan selamat malam!!entry kali ni berbaur kemarahan yang telah disimpan sebelum raya lagi..kemarahan terhadap poli niesa..ekekeke..persoalannya adakah patut niesa bakor je asrama ni dengan masalah airnya yang tak sudah-sudah..atau BOMkan je sehingga menjadi padang jarak padang terkukur..??korang rasakan mana satu sesuai??

Setelah dicuba beberapa jalan penyelesaian akhirnya semua menemui jalan buntu..kerana JawatanKuasa Perwakilan Pelajar(JPP) hanyalah ********** (perkataan tersebut tidak dpt disiarkan..harap maaf..) dan Jawatankuasa Perwakilan Kamsis(JPK) pula hanyalah sibuk nak tiru idea orang lain dan kesimpulannya dia orang bukan nak menitik beratkan keselesaan, keperluan, kedamaian dan semua ke-an- pelajar di Kamsis Desa Serapi ini..si JPP ni plak sibuk dengan aktiviti dia orang tak habis-habis..duit pelajar dia orang makan..JPK ni pulak tak habis-habis dengan meeting dia orang tapi apa pun tak bleh..dah la kad kamsis macam ****..bayar RM5 tapi kad macam RM2.50..adakah terdapat penyelewengan disitu???sakit hati tol...pengurusan ni lagi la..dia punya kepala..lagi la hampeh..pernah gak beberapa pelajar yang buat aduan mengenai masalah air..tapi macam tak ada apa-apa tindakan je...

Sepatutnya JPP & JPK ni concerned la sikit dengan masalah-masalah dekat poli ni..jangan la cuma sibuk dengan kuasa..berlagak dengan kuasa yang dia orang ada..tapi langsung tak bertanggungjawab...busy je memanjang..apa yang dia orang busykan niesa pun tak tau...bangga dengan jawatan yang dipegang tapi habuk pun tarak....ni baru isu air yang niesa kemukakan..kalau isu-isu lain lg la banyak..bukan apa..air kan keperluan..nak mandi, nak berak, nak kencing tu semua tak kan guna tisu kot..tak kan hari-hari bertayyamum kot??pastu buat minum, makan apa semua tu macam mana pulak??kesihatan pun penting beb..fikir la sikit kita orang yang duduk asrama ni....tak kan tu pun nak kena ajar..cakap IPTA...hampeh!(~_~)

p/s : kepada pihak-pihak yang berkenaan tu mintak selesaikanlah masalah ni secepat mungkin..tak kan nak tunggu kita orang pelajar ni buat aduan isi borang kualiti kot..kemon la...
BERTINDAK!!!!

1 comment:

  1. amboi ....marah btol nih.....kiter bakor jer...kiter bakor jer~hehehehe....rindu niesa ;p

    ReplyDelete