Wednesday, May 25, 2011

❤ Ibarat di telan mati mak di luah mati bapak ❤

Salam dan selamat malam semua..entry kali ni agak lain sikit sebab lebih kepada luahan perasaan... blog ni je la tempat niesa meluahkan segala yang ada di hati..agak sentimental sikit word malam ni..haiiss..ni la akibatnya bila jiwa terlalu kacau..

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu."

Tiba-tiba tak tahu nak mulakan entry dengan apa..terlampau banyak sangat beban fikiran....
Bercinta salah dan tak bercinta pun salah. Antara sahabat dan kekasih, mana lagi penting?? Bagi niesa dua-dua penting. Ada orang sanggup tinggalkan sahabat demi kekasih dan ada orang sanggup tinggalkan kekasih demi sahabat. Kalau niesa pulak??dua-dua niesa tak sanggup. Nak tahu kenapa? Sebab dua-dua penting dalam hidup niesa. Hari ini niesa betul-betul tersepit antara sahabat dan kekasih. Benda-benda yang kita cuba elakkan tetap akan terjadi.

Kisahnya macam ni..selepas beberapa hari duduk terperap je dalam rumah memandangkan niesa tengah bercuti kat tempat orang so kebetulan kawan ajak pergi jalan-jalan putrajaya memandangkan niesa belum lagi ke situ. So dah bagi tahu awal-awal yang niesa tak boleh balik lewat. Perjalan di mulakan dengan menjemput 2 orang kawan yang lain iaitu kat desa petaling seorang dan kuaters kerajaan segambut seorang. Masa nak pergi rumah dia orang ni, si kawan ni pulak tak tahu jalan. Kalau dah tak tahu jalan tu confirm-confirm la sesatkan. 2,3 kali lalu jalan yang sama dan dalam setengah jam gak la sesat. Lain tempat nak pergi lain tempat lak sampai. Plan nak pergi ambik kawan yg dekat segambut, tapi sesat sampai ke sungai besi dan dekat pulak dengan rumah kawan yang sorang lagi..so, pergi ambik dia dulu. Then, nak pergi ambik yang sorang lagi silap jalan pulak dan terpaksa pusing jauh..bila dah sampai putrajaya pulak sesat nak cari jalan nk pergi taman botani. Nasib baik ada kawan tinggal putrajaya.. Dan boleh dikatakan hari ni hari yang penuh menyesatkan. Bila balik pun lagi la sesat. Bila dah sesat confirm-confirm balik lewat. Si tersayang pulak dah cakap siap2 balik before jam 10. Ni la yang buat niesa dalam keadaan serba salah..nak niesa salahkan kawan2 macam niesa tak menghargai je dia orang dah la penat2 bawak niesa pusing putrajaya dengan niesa tak keluar satu sen pun duit minyak apa lagi duit bayar tol. Nak marah orang yang tersayang pulak seolah-olah niesa lebih pentingkan kawan dari dia.. yang dekat kl ni plak niesa cuma ada kawan lelaki je.. kawan perempuan ada..tapi sorang je la..tu pun sibuk kerja dan duduk sepang.. apa la guna niesa datang bercuti kat kl kalau nk habiskan masa kt umah je..baik cuti kat sarawak..sama je la duduk kat umah. Entah la..susah nak paham dan susah nk dipahamkan.. runsing yang amat. Nasib baik kawan2 tak ambik hati dengan perubahan mood yang tiba2 jd moody..hurmm...entah la..betul2 pening..(~_~)

3 comments:

  1. hmm, on that day that i called you right? tak sangka complicated macam ni. it's okay darl. belajar dari kesilapan. kesilapan yang lepas yang mengajar kita menjadi lebih matang. lagipun, bila kita sesat, kita dapat belajar satu tempat yang asing dgn kita sambil tu dapat timba satu pengalaman bagi niesa berada disini. kan? jangan sedih-sedih k! :) chill babe!

    ReplyDelete
  2. @ezaty
    yeah...thanks babe call ari tu..hukhuk..tu la..harap2 boleh lalui semua ni...thanks again!!miss u..!!

    ReplyDelete
  3. ; hye dear ..
    lame tak dtg sini ;)
    saba yea .. semua tuh pasti ada hikmah ...

    ReplyDelete