Friday, February 18, 2011

~Siapa Paling kReatif~

Salam dan selamat malam yg dilimpahi hujan rahmat..waahhh!kata2 aluan gitu..haha..saya membuat entry ini kerana....(tidak lebih dari 150 patah perkataan...) teett!salah2..kena tanya cikgu dulu..cekgu akim..oo..cekgu akim..mna cekgu ni...la...dia wat segmen rupanya..nk join!nk join!semangt ni..apa yg penting??kerjasama yakin la…


blog pilihan hati <-- klau nk join klik sini..

Syarat yg cekgu Akim telah tetapkan adalah seperti berikut :

1.Buat satu entry tentang segmen ini.

2.Copy dan paste header Pilihan Hati pada entry anda.

3.Sertakan dan lengkapkan ayat ini : Saya berblogging kerana.....(patah perkataan tiada limit)

4.Letak link ada diruang komen Saya beliau.

5.Ayat atau slogan yg paling kreatif dan menarik akan di review di Pilihan Hati(jumlah follower atau kecantikan sesebuah blog tidak akan mempengaruhi keputusan cekgu..)

6.Tarikh tamat segmen ini ialah 21/02/2011.

******************

Kepada : Cekgu Hakim

Nama pelajar : Khairunnisa Binti Dahalan

Kelas : Seni kreatif 1.

Tajuk karangan : Saya la yg paling kreatif dlm kelas...

Saya berblogging kerana saya telah menggantikan blog ini sebagai diari harian saya. Walaupun saya tidak meng-update entry2 saya setiap hari sebagaimana yang saya lakukan pada diari saya, saya berbuat demikian adalah disebabkan beberapa faktor yg tidak dapat saya elakkan. Sekiranya saya mnggunakan diari, saya hanya akan mengalami masalah apabila pen saya kehabisan ink atau apabila diari saya kehabisan tempat kosong. Tetapi, apabila saya berblogging,saya akan mengalami masalah apabila line internet berukband broadband saya diputuskan kerana tidak membayar bil atau saya mengalami masalah gangguan cuaca yg menyebabkan line tidak strong. Saya juga berblogging kerana saya ingin menambah kawan di alam maya. Bukan saya tidak ada kawan cekgu. Kawan-kawan saya semua di alam nyata, jadi saya ingin menambah jumlah kawan saya seberapa banyak yang boleh. Saya pernah bertanyakan jawapan kepada soalan ini kepada cekgu matematik saya, soalannya berbunyi “Kawan alam nyata + kawan alam maya = ???” cekgu mate saya hanya menggaru-garukan hidungnya yang tidak gatal. Kenapa ya cekgu Hakim?Boleh tak cekgu menerangkan jawapan kepada soalan saya itu tadi? Kalau cekgu tidak tahu jawapan pun saya akan buat-buat tahu je lah! Dunia blogging ini sangat menyeronokkan dan lebih seronok dari menonton Akademi Fantasia musim ke-9. Cekgu nak tahu tak kenapa? Hal ini kerana, apabila saya berblogging, saya akan berjumpa dengan kawan-kawan yang sangat ramah-tamah aidilfitri. Walaupun mereka tidak mengenali saya dengan lebih dekat, tetapi apabila mereka memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada saya cekgu saya akan berkata begini “wow!!mereka ini sangat baik dan sangat mesra alam la…” mereka member komentar seolah-olah kami sudah mengenali antara satu sama lain 10 tahun sebelum ini. Saya sangat gembira tidak terkata-kata. Kesimpulannya, saya berblogging disebabkan semua jawapan di atas. Sebelum mengakhiri karangan saya ini, saya meminta ampun maaf zahir dan batin kerana tidak sekreatif yang disangka. Terima kasih dan datang lgi..(^_^)

Markah : ______________

5 comments:

  1. huu..murid yg bek..kan bagus kalau sume pelajar sy macam ni..hukhuk..masyeh sudi join ye niesa..=)

    ReplyDelete
  2. @al_hakim
    ehe...mesti la baik...baik ada makna ni..hikhik..welcome..sentiasa menyokong cekgu..basha!

    ReplyDelete
  3. tahniah niesa..teruskan berblogging ye..kuarkan idea yg kreatif..=)

    ReplyDelete
  4. bestla niesa..kreatif .. kreatifnya cara penulisan niesa.. missz nak jemput join segmen kreatif di lucky draw missz..http://misszgardencontest.blogspot.com/2011/03/missz-gardens-birthday-lucky-draw.html

    ReplyDelete
  5. thanks invite Missz..insyaAllah niesa join..(^_^)

    ReplyDelete