Saturday, December 31, 2011

❤ Selamat Tinggal 2011 ❤

Assalammualaikum dan salam sejahtera..selamat menyambut tahun baru 2012 semua!!!hari ni hari terakhir dalam tahun 2011 ni..jadi niesa nak buat entry berpandukan kenangan-kenangan niesa sepanjang tahun ni..tahun 2011 adalah tahun yang sangat menyedihkan dalam kamus hidup niesa..sepanjang tahun ni terlampau banyak kenangan-kenangan pahit yang tercipta dalam kotak hidup niesa,peristiwa-peristiwa sedih tercatit dalam sejarah hidup niesa dan hanya sedikit kenangan indah yang membuatkan niesa tersenyum bahagia..mungkin kisah hidup niesa tak sehebat kisah hidup kawan-kawan kat lua sana dan mungkin tak seteruk daripada apa yang mereka lalui..tapi semua tu juga mampu menggugat jiwa niesa,tahap kesabaran niesa yang nipis..semua yang niesa lalui membuatkan niesa rasa nak switch off semua yang hidup dalam diri niesa termasuk jasad niesa..Tapi Allah masih sayangkan niesa dan dia buka pintu taubat dan masih bagi niesa peluang untuk niesa berfikir segala kesilapan niesa.

Syukur Alhamdulillah niesa masih lagi diberi peluang untuk hidup kat muka bumi yang penuh fana dan pancaroba ni..apa yang niesa harapkan 2012 memberi sinar baru,harapan baru dan kisah baru yang lebih baik dari hari ni..niesa nak bukak muka surat baru dengan semangat yang baru..niesa nak cepat-cepat tutup kisah hidup niesa yang sangat-sangat menekan jiwa raga..niesa nak habiskan semester terakhir niesa dengan gembira dan cipta memori indah bersama kawan-kawan niesa..

Tensionnya nak menaip dalam keadaan yang tak menentu ni..terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi..sampai skema betul ayat-ayat yang dibuat..hahaha..chill niesa perjalanan hidup masih panjang dan masih banyak dugaan-dugaan dan ujian yang perlu dilalui..InsyaAllah bahagia pasti dikecapi..

Cuba tengok hujan,sekarang ia tenggelamkan segala keindahan ciptaan ilahi.Tapi setelah ia berhenti,keindahan ciptaanNya dapat kita lihat kembali,malah cahaya pelangi akan menambah seri indah itu.Begitulah kehidupan manusia.Tak pernah hilang dari ditimpa masalah,dilanda kekusutan,namun bahagia pasti dikecapi..

HAPPY NEW YEAR semua!!!(^_^)


Friday, December 30, 2011

entry tidak bertajuk

Dear heart,
Fall in love when you are READY,
Not when you are LONELY.

Wednesday, November 23, 2011

❤ Tag dari sahabat merah jambu → Yatie!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!Sebenarnya entry ni dh lama dlm draft...tapi disebabkan line bband niesa yang lembab, so asyik tertangguh je..plus skang ni tgh final exam and last paper niesa esok..bkn men lama lg kena tunggu..dr start 18hb niesa xde paper, 24hb baru ada lg..mmg pandai sgt la orang yg buat jadual tu..(geram sesgt..grrrr).. pes time niesa di tag untuk menjawab soalan..selalunya ditag sebab contest and giveaway jer..hari tu niesa telah di tag oleh CIK YATIE PINKY!so ke-excited-an tu ada tak sabar-sabar dan nak menaip..ahaks..tapi kita baca rule dulu okies?

THE RULES :

1. You must post these rules.

2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.

3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.

4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.

6. No tag back!

7. No stuff in the tagging section about ‘YOU ARE TAGGED IF YOU'll ARE READING THIS’ YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WILL ALL HONESTLY) have tagged 11 people.

11 THINGS ABOUT ME :

1.Hobi setiap masa terluang ialah menangis.(punca : marah, sedih, rindu, melepaskan tekanan, etc.)

2.Obses dengan warna pink.

3.Cepat mengantuk pada waktu malam bermula pukul 9.

4.Tak suka sangat shopping tapi bila dah bershopping.jeng.jeng.jeng.

5. Jarang tgk tv. Lebih suka layan novel tak kira masa dan tempat.

6. Peminat fanatik bola sepak Malaysia group Raja Gopal. Malaysia Boleh!

7. Seorang yang sangat-sangat sensitif.

8. Menyimpan cita-cita untuk menggemukkan badan.

9. Pantang jumpa lensa sebab kalau jumpa..isy.isy.isy..tak dapat diselamatkan..hehe

10. Seorang yang tidak menpunyai keyakinan yang tinggi.

11. Sangat benci akan orang yang suka menyindir dengan perkara yang tak berasas.

SOALAN DARI YATIE :

1.Apa benda yang korang inginkan sangat waktu ini?

Terlampau banyak yang diinginkan.ehe...

2. Benda yang paling korang sayang?

Laptop dan teddy bear.

3. Moments indah yang tak dapat dilupakan?

Semasa jadi wirawati PLKN.

4. Azam tahun baru?

Perbaiki diri dan nak buat satu surprise yang paling bermakna buat keluarga.

5. Pernah frust rasa nak terjun kbmall? Apa yang korang lakukan untuk atasi rasa itu?

Pernah. Baca artikel yang memberi motivasi, elakkan duduk seorang diri dan bersuka ria bersama

Kawan-kawan.

6. Tiba-tiba stuck kat jalan gelap. Bateri hp mati. Apa yang akan dilakukan?

Berjalan dengan cepat sehingga jumpa jalan keluar.

7. Hadiah perkahwinan yang paling korang impikan.

Honeymoon sambil melayari Sungai Nil...wahh!

8. Cikgu zaman sekolah yang paling korang ingat. Dan kenapa.

Cikgu Tarmizi. Pembuli tegar yang suka tangkap gmb curi student.

9. Fb, twitter dan blog. Mana yang paling best bagi korang.

Blog.

10. Bangga atau malu kalau pasangan korang mungkin kurang cantik/kacak tapi penyayang.

Sangat Bangga.

11. Pernah rasa nak bunuh orang tak? Kenapa?

Pernah. Sebab orang tu suka ganggu hidup niesa dan menyakitkan hati sentiasa.

11 SOALAN UNTUK KORANG PLAK JAWAB :

1.Gelaran daripada kawan-kawan korang yang paling diingati.

2. Kalau diberi peluang mengelilingi dunia, siapa yang akan korang ajak & Kenapa?(mesti kawan & sorang jer..)

3. Tempat yang korang teringin sangat nak bawak family korang pergi.

4. Sekolah Rendah, Menengah atau IPTA, mana lagi syok?

5. Apa korang rasa kalau kawan baik korang baca SMS-SMS korang tanpa izin?

6. Berapa peratus korang akan percaya firasat hati korang sendiri? Dan kenapa?

7. Apa reaksi & tindakan korang kalau kawan baik korang tikam blakang?

8. Pendapat korang pasal orang yang talam bermuka-muka???

9. Korang suka tak layan movie korea?xkisah la movie ke tv show ke,apa-apa yg berkaitan korea..dan kenapa?

10. Satu lagu yang memberi banyak makna dalam diri korang dari dulu sampai sekarang.

11. Kawan alam maya dan kawan dunia sebenar..mana lagi senang korang jumpa dan seronok dijadikan kawan?(kira kawan baru la eh..)

OK DONE!dan 11 orang yang bertuah ialah........

1. http://ceriterachentanuddyra.blogspot.com/

2. http://zatiey175.blogspot.com/

3. http://she-is-rusyie.blogspot.com/

4.http://duniaanita74.blogspot.com/

5. http://sitinurazlinda.blogspot.com/

6. http://aznanaaz.blogspot.com/

7.http://misshchiorika.blogspot.com/

8.http://mumlittlemonster.blogspot.com/

9.http://roseskalerful.blogspot.com/

10. http://tuannuratirah.blogspot.com/

11.http://zestpurple.blogspot.com/

Selamat menjawab! (^^,)

Thursday, November 10, 2011

❤ 1001 Cerita ❤

Assalammualaikum dan selamat malam..dah lama tak berblogging..niesa tak tahu nak mulakan entry macam mana..kalau diikutkan..terlampau banyak benda yang niesa nak cerita..nak kongsi.. tapi masa dan line tenet tidak mengizinkan..next week niesa dah start final exam..minggu ni pun sibuk nak habiskan silibus..test la..mini project la..tensen kepala nih..mana tak nya..lect yang sibuk cuti sampai sebulan, kursus berminggu-minggu..kita orang plak yang kena korbankan masa study week untuk ganti kelas..xde masa nak bersantai-santai dah..semester ni agak sesak la sebab tak boleh nak bernafas dengan tenang..nak tahu kenapa?terpaksa kejar masa..ganti kelas,buat kuiz, assignment dan tak lupa aktiviti poli nih..hari-hari nak kena berekot(berlari)..xde masa dah nak jalan lenggang mak enon..tak pasal-pasal kena tinggal dek MASA..masa ni bukan reti nak tunggu..24/7 berjalan..tak reti penat-penat..apa la nak jadi..harap-harap sem depan boleh la bersantai dengan tenang, berblogging dengan gembira dan menghabiskan hari-hari terakhir di POLITEKNIK KUCHING SARAWAK ini..tak sabar!!sekarang tak sabar..nanti sok lusa mesti rindu saat-saat kat sini...niesa ni tengah dalam dilema..sambung belaja atau x..ambik muet atau x..niat di hati memang nak sgt sambung terus lepas habis ni..tapi kan..ada banyak perkara yang menghalang..haiss...semester ni la terlalu banyak cubaan, dugaan, halangan dan rintangan..suka ada, duka ada..kiranya semester ni terlalu banyak bermain dengan emosi la..dengan bersandarkan semangat yang rapuh..harap-harap niesa mampu lalui semua ni dengan SABAR!(^_^)

Tak sabar la nak tunggu cerita Ombak Rindu the movie..1 December 2011 nanti!


TQ pakcik google!!

Tuesday, October 11, 2011

❤ Mood TAK SABAR NAK BALIK CUTI!!!! ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi!!hari ni terpaksa bangun awal sebab kena siapkan slide show untuk Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Usahawan ptg nanti..hahaha..malam td dah buat sikit..al maklum la bila malam je mata ni mula la nak bermanja-manja..last-last tinggalkan kerja dan..... TIDUR!!!!ahaks..ouh..bercakap pasal cuti..kalau tak cuti tak de lah niesa sibuk-sibuk nak beli package bband celcom nih..ingat nak beli tiket flight..tapi line..ya ampun...tak payah cakap la..paham-paham la ye..niesa pun tak jadi la beli tiket..lagi-lagi tiket dah mahal..balik naik bus je la nanti..tak sabar!!!sebenarnya cuti lama lagi...04 november 2011..hahaha..lebih kurang ada dalam sebulan lagi..tapi ke-excited-tan nak balik tu kalau boleh hari ni gak nak packing..hikhik...apa la... Rindu nak balik..rindu nak makan masakan mak..asyik makan masakan aunty-aunty cafe je..dari niesa semester 1 sampai la sekarang dah jadi akaq senior...argh!makannya..tak ada yang berubah langsung..semuanya..... saaaaaaaaaammmmmmaaaaaaaa je...ada empat gerai dan empat-empat tu jual makanan yang sama..harga je lain-lain..apa cerita ni bai..tak lalu gua nak makan..terpaksa la bertahan dalam masa lebih kurang setengah tahun lagi..lepas tu boleh la enjoy!!cuti..cuti..cuti..asyik cuti je...after cuti niesa terus final exam...sem ni ada 4 subject yang masuk final..harap-harap niesa lepas semua subject-subject tu...nanti cuti sampai tak ingat dunia plak..cuti entah kemana..final entah ke mana...hahaha..ops!hari ni special day!!!wuaaaaaa...nak buat apa eh yang special untuk Dia..hahaha...SURPRISE!!!tak boleh bagi tau..wuaaa..mandi la!nak g belas..peace no war..hahaha..(^_^)

Sunday, October 02, 2011

❤ CINTA TIDAK MEMERLUKAN SEBAB... ❤

p/s : entry ni bukan entry jiwang..tapi lebih kepada luahan hati yang selama ni terbuku di hati dan niesa tak tahu nak cerita kat siapa dah..jadi sekarang ni blog la jadi tempat niesa mengadu...

Salam dan selamat pagi..hari ni bangun awal sebab last nite tak boleh tido sangat..so bangun pagi dengan mata yang membengkak..nak buat apa hari ni eh..nak sibukkan diri supaya lupa segala masalah..semua orang mempunyai perasaan rasa ingin dicintai bukan??macam tu jugak niesa..tapi sayangnya antara kami tiada jodoh..selama ni niesa memberi harapan yang sangat tinggi dekat dia..apa yang niesa harapkan HE THE LAST PERSON yang ada dalam hati niesa..tapi Allah Maha Mengetahui..dia bukan untuk niesa..tapi jauh di dalam lubuk hati niesa..niesa sangat-sangat mencintai dia..dia tak kacak tapi dia seorang yang sangat penyayang dan manja..dia sangat menjaga niesa..setiap malam dia akan pastikan niesa tidur dulu sebelum dia tidur dan setiap malam gak la dia menyanyi sampai la niesa tertidur...I MISS HIM A LOT walaupun baru 2 hari hubungan kita orang berakhir..mungkin niesa bukan terbaik untuk dia..apa yang niesa harapkan dia berjumpa dengan orang yang sesuai dan terbaik untuk dia..dan niesa akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia.."Semua orang mesti mati..tetapi cinta tak dapat dikuburkan kerana tak ada kubur yang dapat membatasi antara cinta yang mati dengan cinta yang hidup.."

Mungkin ada antara kita yang pernah terbaca satu cerita ni..memandangkan niesa terjumpa kisah ni..jadi niesa nak kongsi sikit...cerita ni buat niesa berfikir ada kebenaran disebalik cerita ni....

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:


“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

❤ Cinta tak memerlukan sebab..jadi kenapa kita perlu mencari KENAPA kita mencintai seseorang.. ❤

--> niesa tak ingt mna niesa dapat cerita ni sebab semalam selongkar laptop sebab nak cari artikel yang boleh motivate niesa dan akhirnya jumpa kisah ni...

Friday, September 30, 2011

❤ Hidup tak selalu indah..Langit tak selalu cerah.. ❤

Assalammualaikum dan selamat malam..setelah beberapa lama tak update blog dan hari ni muncul kembali..hahaha..biasa la..selagi kat poli ni..selagi tu la tak jumpa tiang line internet..haha..ouh! rindu nak berblogging lagi!rindu kawan-kawan blogger!(ada ke niesa kawan-kawan blogger nih) hehehe...malam ni tiba-tiba rasa nak online memandangkan ramai penghuni asrama yang balik ke rumah masing-masing dan kesibukkan line tu agak kurang sedikit...

Sebenarnya niesa dah tak tahu macam mana nak mulakan cerita kat entry ni..well, blog pun dah bersawang..banyak kot benda yang niesa tertinggal kat dunia blog ni..dengan keadaan hidup niesa yang tak tentu arah ni...kucar kacir..tak sabar nak habis belajar cepat-cepat!!stress~ malam ni tiba-tiba rasa jadi seperti orang yang tidak mempunyai apa-apa perasaan..rasa cam hati batu je.. marah?sedih?kecewa?mana pergi semua tu...malam ni betul-betul terasa amat-amat kosong..why? kenapa?kenak?malam ni nak baca Nota-nota cinta la..jom!niesa kongsi sama-sama eh..

“Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya.”


Saja baca pasal ni...sama-sama kita renungkan..


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

ahh!KOSONG!!!!peace no war..(~_~)

Tuesday, September 06, 2011

❤ Entry Berbaur Kemarahan ❤

Salam dan selamat malam!!entry kali ni berbaur kemarahan yang telah disimpan sebelum raya lagi..kemarahan terhadap poli niesa..ekekeke..persoalannya adakah patut niesa bakor je asrama ni dengan masalah airnya yang tak sudah-sudah..atau BOMkan je sehingga menjadi padang jarak padang terkukur..??korang rasakan mana satu sesuai??

Setelah dicuba beberapa jalan penyelesaian akhirnya semua menemui jalan buntu..kerana JawatanKuasa Perwakilan Pelajar(JPP) hanyalah ********** (perkataan tersebut tidak dpt disiarkan..harap maaf..) dan Jawatankuasa Perwakilan Kamsis(JPK) pula hanyalah sibuk nak tiru idea orang lain dan kesimpulannya dia orang bukan nak menitik beratkan keselesaan, keperluan, kedamaian dan semua ke-an- pelajar di Kamsis Desa Serapi ini..si JPP ni plak sibuk dengan aktiviti dia orang tak habis-habis..duit pelajar dia orang makan..JPK ni pulak tak habis-habis dengan meeting dia orang tapi apa pun tak bleh..dah la kad kamsis macam ****..bayar RM5 tapi kad macam RM2.50..adakah terdapat penyelewengan disitu???sakit hati tol...pengurusan ni lagi la..dia punya kepala..lagi la hampeh..pernah gak beberapa pelajar yang buat aduan mengenai masalah air..tapi macam tak ada apa-apa tindakan je...

Sepatutnya JPP & JPK ni concerned la sikit dengan masalah-masalah dekat poli ni..jangan la cuma sibuk dengan kuasa..berlagak dengan kuasa yang dia orang ada..tapi langsung tak bertanggungjawab...busy je memanjang..apa yang dia orang busykan niesa pun tak tau...bangga dengan jawatan yang dipegang tapi habuk pun tarak....ni baru isu air yang niesa kemukakan..kalau isu-isu lain lg la banyak..bukan apa..air kan keperluan..nak mandi, nak berak, nak kencing tu semua tak kan guna tisu kot..tak kan hari-hari bertayyamum kot??pastu buat minum, makan apa semua tu macam mana pulak??kesihatan pun penting beb..fikir la sikit kita orang yang duduk asrama ni....tak kan tu pun nak kena ajar..cakap IPTA...hampeh!(~_~)

p/s : kepada pihak-pihak yang berkenaan tu mintak selesaikanlah masalah ni secepat mungkin..tak kan nak tunggu kita orang pelajar ni buat aduan isi borang kualiti kot..kemon la...
BERTINDAK!!!!

Sunday, September 04, 2011

❤ Sikit-sikit lama-lama jadi bukit versi ke2 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang...hari ni saja nak update entry pasal nuffnang niesa.. lagipun tak tau nak buat apa...boring dan rasa mengantuk..hari ni niesa perlukan banyak rehat sebab malam ni dah bergerak balik poli..bas pukul 9.45 malam dan paling best dapat seat paling belakang sebab bas dah full...bagus!naik roller coaster la malam nanti..damn!sampai kuching dalam pukul 7 lebih pagi sebab perjalanan mengambil masa 10 jam..Bintulu-Kuching..sampai poli plak dalam 8 lebih..rehat-rehat kejap then kelas pukul 10...ponat la esok...ok.cukup pasal balik poli..

Niesa nak crita pasal nuffnang..dulu niesa pernah wat entry pasal nuffnang niesa.. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..Alhamdulillah tabung nuff niesa sentiasa naik walaupun sikit-sikit...ok la tu daripada tak ada naik langsung...hee~biasa la...taaadaaa!!

Ehhh!salah..ni gmb raya..hahaha..saja nk tunjuk gak..al maklum la..cakap hari raya..heee~


(^_^)

Saturday, September 03, 2011

❤ CInta Buta or Kita bUta?? ❤

Assalammualaikum dan selamat petang..!pergghh!!tajuk entry...haha...orang time-time bulan syawal ni tajuk entry bia la Selamat Hari Raya ke..Crita dapat banyak duit raya ke..tiba-tiba plak entry masuk cinta-cinta..adoi...nama pun dah LOVECREW..apa boleh buat..hari ni meroyan sikit...hahaha...

Orang kata...."CINTA itu buta.."...dan ada orang kata.."CINTA tak buta..tapi manusia yang buta menilai apa itu CINTA.."mana satu betul ni...cinta buta atau buta cinta???pelik kan..bila berkaitan dengan cinta je..ada orang kata.."mencintai tak semestinya memiliki.."tu orang kata la..bukan niesa kata..C.I.N.T.A~ apa tu????

Lain orang lain pendapat tentang cinta..tapi yang pasti cinta tu satu anugerah dari Allah..manusia memang diciptakan untuk mencintai dan dicintai...tu semua lumrah kehidupan.."jenuh aku mendengar manisnya kata cinta lebih baik sendiri..bukannya sekali seringku mencuba..namun ku gagal lagi...."....."..malam-malam aku sendiri...tanpa cintamu lagi....."haa...korang mesti tau lagu tu...lirik lagu daa....

Saiful Apek plak pernah kata.."Cinta itu boleh di umpamakan bagai makan..sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata masih mahu dimakan juga....."haa...betul!betul!betul..tipu la kalau cakap tak betul kan?entry kali ni agak berbaur seperti orang yang tengah frust..hahaha..ni la namanya jiwa kacau beb...orang sibuk beraya niesa sibuk taching-taching layan jiwang..memang parah la...ahh..cukup la dulu entry malas ni..hahaha..terasa agak mengantuk sebab malam tadi tak boleh nak tidur sangat..tidur lewat pastu bangan awal..jadi mata pun dah semakin memberat...sambung ke next entry je la..hihihi... Selamat hari raya!

Esok nak balik poli dah..hukhuk..tensen...nak buat open bilik plak la..sila-sila datang la ke asrama niesa..tapi bawak air dan makanan sendiri la ye...haha..(^_^)

Tuesday, August 16, 2011

❤ Dugaan di Bulan Ramadhan ❤

Salam dan selamat sejahtera semua!!!!wwuaaaa...rindu gila nk berblogging ni...hukhuk..lama dh x update blog..sodih..macam-macam dugaan hidup kat hostel nih..lebih-lebih lagi bulan puasa ni kan..adoi..dengan masalah kegawatan air di asrama yang sangat-sangat la disayangi ini..mandi pun terpaksa cari sumber-sumber air yang boleh dipercayai..pili bomba pun kte orang bantai wat mandi..asal mandi jangan tak mandi sudah...hukhuk..nasib baik la sekarang dah kat rumah..hari rabu last kelas..tiket bas plak 25hb hari jumaat..last minute tuka tiket bas pg hari khamis..nasib baik boleh...kelam kabut packing barang..nak balik punya pasal kan..ahaks..

Habis penuh bersawang blog niesa ni..nasib baik sawang je..boleh gak la nak bersih-bersihkan sikit dan update apa yang patut..minggu-minggu lepas niesa ada SMS ngan Ezaty..tanya gak la perkembangan blog dia..dia pun dah lama dah x update blog..masing-masing busy kan skarang nih..lama gak tak blogwalking dan mengikuti perkembangan blogger-blogger fav niesa..tadi ada gak check shoutbox.. Thanks kat korang yang sudi singgah walaupun niesa lama tak update blog..lagi terharu bila blogger fav niesa pn ada gak singgah blog niesa yang tak seberapa nih!hikhikhik..kalau korang rajin singgah la blog Cik Pinky kita nih..kompom!dia tak sombong punya la..dari follower niesa yang Cuma ada kurang dari 10 orang dan beliau adalah salah seorang dari 10 sehingga la follower yang ada la dlm kurang 200 ni..kira Alhamdulillah beliau sudi lagi mengomen dan menyinggah blog niesa..hahaha..apa punya ayat la..Thanks ya Cik Yati..suka blog dia sebab dia suka PINK!!!!

Erks..tak lupa Missh Ika..ni lagi sorang awek yang rajin gak la komen-komen blog niesa..rajin singgah..hukhuk..terharu gak..bila kita singgah blog dia dan komen..dan dia akan balas balik..tak sombong punya kan..niesa suka singgah blog beliau sebab rajin sangat make over blog..comel dan kemas je blog beliau..jeles-jeles..Missh Ika ni pun peramah orang nya..rajin-rajin la korang tegur awek cun tuuu....(eepp!tapi dah berpunya eh..)

Cik Dyra!!haa....xkan dilupakan..nnti ada masa niesa singgah blog dd tau!mesti banyak ketinggalan pasal Dd nih..ohh!tension sungguh bila xde line internet..banyak gak benda yang niesa x tahu ni...terseksa jiwa raga bila tak bleh nak on9 blog..hukhuk..

Apa-apa pun sebenarnya entry ni dah lama dah duduk dalam kotak draft niesa..hahaha..memandangkan line internet kat poli tu laju gila..jadi tertangguh la nak post kan entry ni...ekeke..and now im home!!!!dh masuk 3 hari dah kat rumah sendiri..gembira hingga tak terkata..tak sabar nak raya la katakan..hahaha..dengan ini niesa nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...harap-harap lepas ni niesa boleh la kembali berblogging..rindu sangat!!Selamat hari raya aidilfitri buat semua rakan-rakan..kalau makan lemang tu ingat-ingat la niesa ek..(^_^)

Hasil tangan orang yang tak sabar nak balik kampung..hikhik...

Tuesday, July 12, 2011

❤ Macam-macam topik...❤

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..!!dah lama tak update blog..well, sibuk dengan pendaftaran kemasukkan poli untuk semester 5..sebelum ni sibuk dengan report..seperti yang dijangka..my report REJECTED!!kena la buat semula..damn!apa boleh buat nasib badan..dan sekarang kembali semula ke rutin harian sebagai seorang pelajar SENIOR..wah..!dah jadi akak senior la plak..ciiss...masih muda ok..hari jumaat ni dah start kelas..dan sedia maklum sebagai exco jabatan ni mula la dipenuhi dengan aktivit-aktiviti yang kita orang sendiri yang merancangnya dan minggu ni pun dah sibuk!kerja bagi last minute!memang bagus la kan..esok niesa jadi MC untuk Perjumpaan pelajar bersama ketua jabatan dan pensyarah-pensyarah..bertungkus lumus fikir nak buat teks ucapan..dah la esok pagi pendaftaran modul..petang plak perjumpaan tu..khamis plak incharge LDK budak-budak semester 1...malangnya jadi AJK Protokol ni...

Sebenarnya niesa ni dalam keadaan serabut..tak boleh nak focus buat kerja..rasa macam nak letak jawatan je jadi exco ni..awal-awal dah rasa stress nih..wakakaka...actually niesa dah jadi exco dari semester 1 lg..tapi entah la..tiba-tiba rasa sem ni agak hilang semangat nak berbakti jadi exco..tak tahu nak fikir mana satu..belajar, tugas, tanggungjawab, CINTA, masa, kewangan dan banyak lagi..sekarang ni mampu bersabar je la dengan tugas yang berlambak..belum lagi kelas nanti..dah la bulan puasa nak dekat..sometimes rasa give up..rasa macam nak berhenti melalui dugaan-dugaan ni semua..sekarang ni banyak benda yang kena fikir..paling penting program esok, LDK dan buat proposal pasal majlis berbuka puasa sebab untuk majlis tu niesa jadi s.u...nak buat proposal ni lagi satu hal..pening-pening..plus dengan masalah bercinta ni..hemm..sedangkan lidah lagi tergigit..apa pula suami isteri..erks..belum lagi..mintak-mintak la di panjangkan jodoh dengan AD..tapi..tu lah..susah nak cakap..bialah hati ni yang menanggungnya dan berserah je la kat Allah..

niesa tengah mencari semangat untuk terus bersemangat..walaupun dia tak tahu macam mana hati niesa..tapi niesa hanya perlu bersabar..nak bazirkan air mata tu memang dah sebati dalam diri niesa...walaupun dia tak pernah nampak..as long as niesa boleh lagi bersabar dengan dugaan ni...insyaAllah boleh.....niesa pun tak tahu sampai bila niesa dengan keadaan macam ni..bila la niesa nak jadi orang yang tabah, kuat, kental..tak perlu nangis-nangis setiap kali ada masalah..mengharungi segala dugaan dengan hati yang tenang..entah bila la kan??niesa sendiri pun tak tahu bila..hahaha..cuba dan terus mencuba..tapi sebagai manusia yang lemah dan tak pernah lari dari melakukan kesilapan kadang-kadang niesa tersungkur gak..niesa kadang-kadang putus asa jugak..tapi bila ada dia..dia bantu niesa bangkit..dia jadi tulang belakang niesa untuk niesa bersemangat teruskan hidup niesa..tapi bila dia tak ada..niesa jadi lemah..nak cari semangat sendiri punya la susah...cari dan akan terus mencari....


View dari bilik niesa yang menghadap gunung Serapi...ni la kamsis desa serapi blok B perempuan politeknik kuching..niesa duduk tingkat 3..nasib baik la sem ni tak dapat aras tinggi-tinggi..kalau tak mau pitam nak angkat barang..paling tinggi aras 6 kt blok kte orang..tima gambar ni di ambik budak-budak tak masuk lagi sebab tu sunyi..yang ada cuma budak sem 1 dan lepasan l.i..hari ni baru la dia orang masuk..tak de la sunyi and menakutkan sangat..ehehe...mana tak..2 hari lepas kawan-kawan tengok penunggu istana..gila seram..dah la niesa ni penakut..tak pasal-pasal tahan kencing..damn!SABO je lah...ehehe...ayat yang AD sll guna..kelakar..ada-ada je dia tu..

wooppss!terleka kejap..sambung buat keja balik..peace no war!(^_^)

Thursday, June 30, 2011

❤ Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ❤

Salam dan selamat pagi..pagi-pagi dah on laptop nk update entry..hahaha..hari ni saja nk penuhkan blog dengan entry yang tak seberapa..sejak dah lama tak update blog ni..niesa pun kurang mengikuti perkembangan kawan-kawan kt dunia blog ni..well, sibuk dengan report yang tak siap-siap dan yang amat-amat memeningkan niesa..kena kejar masa next week hantar..ambik kaw!siapa suh wat last minute...hahaha...niesa membebel pun tak guna bukan report boleh siap pun kalau tak buat..hukhuk..kalau la ada magic...tak payah la susah-susah kan?nak update entry pun senang je..ehehe..melampau tul imaginasi di pagi hari..

Actually, semalam niesa ada la check tabung nuffnang niesa..ok!agak teruja sikit sebab dr RM1.75 sekarang dah naik RM2.25..walaupun sikit je tapi tak pe..bersyukur dengan apa yang ada..orang cakap sikit-sikit lama-lama jadi bukit!yeaahh!!tak kisah la..jangan tak naik langsung sudah..haha..

Jadi kepada siapa-siapa yang rajin singgah blog niesa..rajin-rajin la derma tabung nuffnang niesa..will hit u back..yang dh klik tu bg tau la kt shoutbox..nanti senang niesa nak tolong anda gak..pakwe pun jd mangsa!hahaha..setiap hari ugut dia klik nuff...kalau tak klik niesa bunuh diri terjun dari atas kerusi ke atas tilam..hahaha..ok!tipu!tapi dia kalau bukak blog niesa memang akan klik nuff niesa..thanks sayang!!sila tgk bahan bukti..ehehe...


Malam tadi niesa ada call Ezaty..tp dia yang call dulu time tu niesa tgh bergayut di pohon asmara..tett!!jadi niesa call dia balik...hikhik...ada gak la cakap-cakap pasal nuffnang ni..and!dia ada tny bila nk letak gambar "abang" kat blog ni..wahh!!hahaha..tapi nanti-nanti la letak.. surprise2..tapi beliau mesti dah tgk kt fb niesa kan.kan.kan...haha..saja nk wat kontroversi..ehehe..takpe2...satu hari nanti akan ada la entry khas buat yang tersayang tu..(*blushing*) peace no war!(^_^)

Tuesday, June 28, 2011

❤ Entry kenangan sebelum terbang ❤

Assalammualaikum!!wahh!!gila berhabuk..hukhukhuk!!terbatok plak..habis penuh sawang dah blog niesa ni..lama gila tak on blog..haha..al-maklumlah, sibuk menyiapkan report..shopping dah, bercuti dah, dating pun dah..report???damn!!baru 37% siap..ekekeke..sekarang bertungkus lumus menyiapkan report..minggu depan kena hanta dah..erks..mesti korang pelik niesa wat report apa..bukan report polis..report latihan industri niesa..haha..adoi..btw entry kali ni entry kenangan masa bercuti kt KL..

Sebelum balik sarawak, Cik Dyra ajak niesa klua makan..agak segan gak la sebab asal kelua ngan Cik Dyra je mesti beliau yang belanja..haha..THANK YOU Cik Dyra!!Lepas bersiap-siap tunggu Dyra datang jemput dalam pukul 8 cam tu la..plan malam tu adalah nak klua makan je..niesa ikut je ke mana Dyra nak bawak sebab tak tau sangat tempat kt sana..Destinasi yang dituju ialah........

de templer, taman melati


Dyra cakap tempat ni ala-ala makanan cina..dia pun tak pernah pergi tempat tu..niesa apa ntah lagi..haha...tapi makanan dia ok gak la..mengenyangkan sangat-sangat..

niesa punya longan, Dyra punya carrot susu...

Tu air..ni plak makanan..sedap!!kenyang-kenyang.....


crispy chicken dan sweet & sour



nampak bekas nasi ni mcm kecik..tapi banyak dan padat isi dia..boleh cukup untuk 3 orang kot..

Lastly, before balik..snap2 la kejap..gambar kenangan..entah bila la niesa nak turun KL lg kan..insyaAllah kalau ada rezeki lebih boleh la...untuk makan malam ni kira dah masuk 3 kali la niesa jumpa Dyra....

Cik Dyra berposing..


Dyra & niesa bergambar kenang-kenangan..

Lama dah nk wat entry ni..disebabkan masa mencemburui niesa..asyik dok tangguh2 je..haha..sekarang baru la berkesempatan.. =)

Thursday, June 09, 2011

❤ Laman sosial 1 Malaysia.com ❤


Salam guys..entry kali ni nak kongsi sikit kat korang pasal page 1 Malaysia.com..bagi yang dah tahu tu bagus la..tapi bagi yang tak tahu tu boleh la join..mula-mula niesa join memang agak membosankan sebab tak tahu function page tu..bila selongkar punya selongkar..terjumpa plak chatroom..kat chatroom tu orang-orang dia memang agak peramah..apa yang dia orang bualkan tu pun memang bertapis gak la..tak terlalu open..memang sesuai untuk semua peringkat umur.. kat situ pun kita boleh kenal banyak kawan dari perlbagai tempat tau..bukan setakat dari semenanjung..sabah dan sarawak pun ada..mereka yang selalu join chatroom tu pun tak berunsurkan perkauman..memang best la join group tu..niesa pun dah dpt ramai kawan dalam tu...dari merata tempat..bukan cakap sarawak..terengganu, johor, pulau pinang dan banyak lagi la.. nak tahu betapa gempaknya page tu..apa lagi..join kita org!

contoh profile utk page 1 Malaysia.com

Macam mana??dah try usha??jom la ramai-ramai meriahkan group tu..nanti korang akan tahu siapa chatter paling cool, klakar, sweet dan banyak lagi..hahaha...antara chatter-chatter yang aktif dalam group tu Eddie(my sweet sayang), Redmyzwasabi a.k.a Red, G, Julia & Jue, Bleach, Copiepasta, Jamal dan banyak lagi!!kalau nak terus ke chatroom tu..klik SINI..

Wednesday, June 08, 2011

❤ Cik E 1st GiveAway ❤

Assalammualaikum!wuaaaa.....boring!boring!so bila boring saya blogwalking!lepas blogwalking saya pening..haha..hari ni xde wat pape..sibuk blogwalking..ada gak la jumpa contest & GA..so nak join la..korang nak join??jom tengok syarat-syaratnya..

1. Mesti jadi Follower Cik E..
2. Paste kan banner Cik E 1st GA kat atas tu di entry and di sidebar blog u all..Jangan lupa nak link kan okeh..

3. Buat lah 1 entry yang bertajuk 'Cik E 1st Giveaway'
4. Tag 3 orang kawan u all..Kenapa 3..??Sebab, hadiah ada 3..Hehe..

5. Bila dah siap, tinggalkan link di pada entry ni ye..

(hasil copy paste dr blog CIK E..hikhik..)

Jom ramai-ramai meriahkan GA Cik E..


Niesa nak ajak kawan2 yg len plak join..


Done!

Sunday, June 05, 2011

❤ Bowling & pizza hut with Cik Dyra ❤

Salam dan selamat petang...semakin hari semakin kemalasan nk update blog nih..actually dah lama nk update blog pasal ni..tp tak berkesempatan..masa ada tapi idea tak ada tambah plak virus M melanda.
Khamis lepas Cik Dyra ajak niesa g main bowling kira jalan-jalan gak la..memandangkan niesa pun tak ada apa nak buat kat umah..so, join la skali..thanks to Cik Dyra sudi ajak niesa jalan-jalan kt sini..destinasi kali ini adalah ke Wangsa Walk..masa sampai tu ramai gila kot orang..tapi kalau orang sini memang dah biasa kot tengok orang ramai-ramai cam gitu..niesa ni mungkin agak belum biasa..ehehe...sebenarnya adik Cik Dyra sungguh-sungguh nak main bowling..teringat plak adik niesa kat sarawak..haha..ni la budak-budak zaman sekarang..kecik-kecik dah pandai main bowling..kesian akak-akak cam kita orang yang baru merasa main bowling nih..hikhik..masa kita orang sampai tu memang agak ramai la org..sampai full tempat main bowling tu..and kalau nak main pun kena tulis nama dan tunggu turn...

sesi memujuk

haha..time ni Cik Dyra ngan pujuk adik dia supaya next time je main bowling..yela..nak tunggu orang ramai gilerr....then, join dia orang main game..tukang tengok je la...tapi nampak macam seronok..hikhik...lama gak la sampai adik dia habiskan token..lepas main je adik dia nak gak main bowling...hahaha..memang seronok la tgk gelagat adik dia..tu yang teringat adik niesa kat sarawak...

wangsa bowl

peserta pertama :

adik najmie yg bermain dengan penuh semangat..(^^,)

Peserta Kedua :

Cik Dyra dengan gaya tersendiri..(^_^)

Peserta Ketiga :

kak farah dengan teknik yg tersendiri...hikhik.. =)

wah!selepas penat menjatuhkan pin-pin nak membuang bola-bola tersebut..semua dah kelaparan..dan dengan ini thank you so much Cik Dyra belanja niesa makan pizza hut.. yummm! yumm!memang kekenyangan la kita orang..

taddaaa!!


cheese-baked meatball

next time klua ngan Cik Dyra lg kalau berkesempatan sebab niesa pun dah nak balik sarawak..ada lgi 2 minggu kt sini..hukhuk...

Saturday, May 28, 2011

❤ Contest Friends Forever ❤

Salam dan selamat malam..hari ni agak bosan sikit sebab seharian melepak kat umah tambah2 lagi Mr.E kat taiping..ayah kepada abang ipar dia meninggal semalam and now dia otw balik to kl..tak sabar tunggu dia sampai rumah..miss him so much..!(~_~) tadi sibuk nak kemas blog Mr.E..dah petang-petang baru la berkesempatan nak bukak blog sendiri..tu yang tgk ada kawan-kawan yg tinggalkan jejak..jumpak plak Contest Friends Forever ni..lama gak tak join contest..panjang plak bebel..jom join!

~klik pada gmb kalau nk join~

Cara-cara nak join senang je...jom tengok :

1) Buat satu entry bertajuk: CONTEST FRIENDS FOREVER
2) Letak banner kat atas tu dan link kan ke entry sini
3) Letak gambar korang bersama rakan-rakan korang. Gambar paling memberi kenangan untuk korang. Cerita la sikit dalam 2 3 ayat.
4) Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu. (Follow aku jika anda nak up-to-date dengan contest ni, tak paksa follow)
5) Letak juga gambar baju yang korang like tu dan link ke facebook DROPLET HOUSE.

Macam mana??senangkan?so gambar yang niesa pertaruhkan....

Gambar ni masa trip to genting baru2 ni..word 'trip" tu cam ramai la plak yg pegi..padahal 4 orang je..ekeke..niesa pilih gambar ni sebab klaka..banyak kenangan time tu..seronok yang amat!thanks frens...

Niesa nak ajak kawan-kawan yg lain join contest ni..jom!


Niesa pilih baju ni..sebab apa?tak payah bagi tahu dah tahu kot...

Wednesday, May 25, 2011

❤ Ibarat di telan mati mak di luah mati bapak ❤

Salam dan selamat malam semua..entry kali ni agak lain sikit sebab lebih kepada luahan perasaan... blog ni je la tempat niesa meluahkan segala yang ada di hati..agak sentimental sikit word malam ni..haiiss..ni la akibatnya bila jiwa terlalu kacau..

"Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tak pernah merindu dan cemburu."

Tiba-tiba tak tahu nak mulakan entry dengan apa..terlampau banyak sangat beban fikiran....
Bercinta salah dan tak bercinta pun salah. Antara sahabat dan kekasih, mana lagi penting?? Bagi niesa dua-dua penting. Ada orang sanggup tinggalkan sahabat demi kekasih dan ada orang sanggup tinggalkan kekasih demi sahabat. Kalau niesa pulak??dua-dua niesa tak sanggup. Nak tahu kenapa? Sebab dua-dua penting dalam hidup niesa. Hari ini niesa betul-betul tersepit antara sahabat dan kekasih. Benda-benda yang kita cuba elakkan tetap akan terjadi.

Kisahnya macam ni..selepas beberapa hari duduk terperap je dalam rumah memandangkan niesa tengah bercuti kat tempat orang so kebetulan kawan ajak pergi jalan-jalan putrajaya memandangkan niesa belum lagi ke situ. So dah bagi tahu awal-awal yang niesa tak boleh balik lewat. Perjalan di mulakan dengan menjemput 2 orang kawan yang lain iaitu kat desa petaling seorang dan kuaters kerajaan segambut seorang. Masa nak pergi rumah dia orang ni, si kawan ni pulak tak tahu jalan. Kalau dah tak tahu jalan tu confirm-confirm la sesatkan. 2,3 kali lalu jalan yang sama dan dalam setengah jam gak la sesat. Lain tempat nak pergi lain tempat lak sampai. Plan nak pergi ambik kawan yg dekat segambut, tapi sesat sampai ke sungai besi dan dekat pulak dengan rumah kawan yang sorang lagi..so, pergi ambik dia dulu. Then, nak pergi ambik yang sorang lagi silap jalan pulak dan terpaksa pusing jauh..bila dah sampai putrajaya pulak sesat nak cari jalan nk pergi taman botani. Nasib baik ada kawan tinggal putrajaya.. Dan boleh dikatakan hari ni hari yang penuh menyesatkan. Bila balik pun lagi la sesat. Bila dah sesat confirm-confirm balik lewat. Si tersayang pulak dah cakap siap2 balik before jam 10. Ni la yang buat niesa dalam keadaan serba salah..nak niesa salahkan kawan2 macam niesa tak menghargai je dia orang dah la penat2 bawak niesa pusing putrajaya dengan niesa tak keluar satu sen pun duit minyak apa lagi duit bayar tol. Nak marah orang yang tersayang pulak seolah-olah niesa lebih pentingkan kawan dari dia.. yang dekat kl ni plak niesa cuma ada kawan lelaki je.. kawan perempuan ada..tapi sorang je la..tu pun sibuk kerja dan duduk sepang.. apa la guna niesa datang bercuti kat kl kalau nk habiskan masa kt umah je..baik cuti kat sarawak..sama je la duduk kat umah. Entah la..susah nak paham dan susah nk dipahamkan.. runsing yang amat. Nasib baik kawan2 tak ambik hati dengan perubahan mood yang tiba2 jd moody..hurmm...entah la..betul2 pening..(~_~)

Saturday, May 21, 2011

❤ Aktiviti bila boring! ❤

Assalammualaikum!semakin hari semakin malas plak rasa nk update blog...semenjak dua menjak dan tiga menjak ni..blogwalking pun malas, update entry pun malas. Tu la akibatnya bila di biarkan sahaja penyakit M tu merebak di dalam tubuh badan kita..memberi kesan buruk dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang blogger..perrggg!!rasa macam tengah buat karangan bahasa melayu la pulak..wakaka...memandangkan niesa xde wat apa2 hari ni dan terasa bosan yang amat..nak keluar g mana-mana pun penyakit M dah menguasai diri + cuaca yang agak panas dan menyukarkan kulit muka niesa ni bernafas. Jadi aktiviti niesa pada hari ini dari pagi sehingga la ke saat ini ialah MAKAN!!wooaaa..naik kembung perut kena sumbat ngan makanan..dah kenyang benti kejap makan lagi..abeess!mana tak badan naik..hadoi!apa-apa pun..penyakit M ni mudah berjangkit..so, setakat ni je la entry buat hari ni...enjoy!kita makan dulu!!peace no war!(^_^)

tunjuk sikit je gambar..nanti jadi bahan bukti plak..hohoho..