Friday, August 20, 2010

Kisah Lama...

memandangkan malam ni aq tiba2 nk layan lagu..aq ni plak ngade a.k.a ngegeh org srwk ckp..
tiba2 denga lagu fav someone yg penah curi hati aq ni...tiba2 plak aq rasa sedih la sgt2...
aq ni kan mmg suka cari penyakit kan..suka sgt seksa hati sendri..

tiba2 aq rindu sgt kt dia...
tiba2 aq teringat kt dia....
tiba2 aq cari dia..
knapa ekk smuanya tiba2...
n tiba2 plak air mata aq mengalir....

"cinta pantai merdeka"
mimpi ape la aq nk layan lagu ni...
padan muka aq!
sedih gila aq malam ni!!!!!!!
aq xsuka bila situasi ni menghantui malam2 aq yg aman damai ni...

Ya Allah Ya Tuhanku...
tabahkan lah hati hambaMu yg lemah ini...
untuk menghadapi mainan perasaan..
dugaan dan cabaran yg Engkau berikan....
amin~

ni la kenangan terindah aq ngan si dia....
gmb ni je yg aq simpan wt kenangan...sedih kan...

malam ni aq nk kongsi 20 perkara membuatkan wanita membenci lelaki..

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

so,guys..smpai sini je utk mlm ni...aq nk sambung layan prasaan ni..huhu....


Wednesday, August 18, 2010

Liku-Liku Kehidupan


Salam 1 Malaysia!
hye semua..amacam aq nye title?
Liku-liku kehidupan...
tajuk bukan main lg eh..hahaha..
actually hari ni aq nk cerita la kt korg,
serba sedikit kehidupan aq kt Politeknik Kuching Sarawak ni..

niesa-lovecrew.blogspot.com

aQ mula-mula menjejakkan kaki ke Politeknik Kuching ni pada 5 julai 2009..ingat lagi tu..hehe...time tu gak aQ rasa cm sedih sgt2...sebab terpaksa berpisah ngan family(sementara waktu je la..hihihi)..Time aq sem 1 mcm2 yg aq dh rasa & yg paling awl ialah homesick..ehe...lepas kta org MSK (Majlis Suai Kenal) utk jabatan aq je la...dgn rasa minat dan semangat jd junior aq isi borang jd exco kelab...nasib baik kena pilih....hihihi...bertambah lagi dah pengalaman aq...dlm masa yg sama aq join plak Lujnah Penerbitan..tu yg RAPI(Rakan Pusat Islam) yg ditawarkan la kpd freshie2 cm kte org...tp memandangkan aq sebok ngan exco kelab..aq xde masa nk g meeting LP tu..tpaksa la aq quit..tp scra diam2..hihihi...Bila tiba bulan Ramadhan plak..ari2 berbuka ngan maggie..(time tu mkn smbil mengalirkan
air mata..)hahaha..tp tu pengalaman la...spaya aq lh berdikari..xpe2..



ni la aq masa sem 1..aq yg pakai tudung pink ok..ehe..
sebelah aq tu membe aq..mardiah..

niesa-lovecrew.blogspot.com

sekarang ni dh Setahun,sebulan dan 14 hari aq kt sini..nasib baik aq malas nk kira jam,minit & saat aq kt poli ni..klau x jenuh la oi...ehe....sekarang aq tgh menhitung hari nk bali Bintulu..ada 17 hari lg..kira2 dlm 2 mnggu lebih..yaahhhoooo!!nk balik!xsaba la..rindu kt family!rindu kt bear2 aq!sejak aq berada di semester yg ke3 ni...byk gak aktiviti aq join...ehe...korg nk tgk ker gmb2 aq??haha..no problem punya..ni yg aq nk share2 ni..sharing is caring rite??jgn share pakwe dh...hihihi....


ni masa aq g kursus kepimpinan exco..
kt east valley camp,serian..lawa gila tau tmpt dia....


ni plak kta org ada pertandingan Futsal tertutup JP..
nk tau x kta org dpt nombo brapa??hahaha...JUARA ok..ehe....


ni la gmb kelas aq..hihi...DAT/S1....(3 je hero ye..tu pn dh berpnya..haha)


anak2 dara DAT/S1..haha...


ni masa exco2 JP g anta sumbangan ke rumah mangsa kebakaran
kt Asajaya Kota Samarahan...ehe...

klau korg nk tau...pengalaman aq yg paling best...& mmg aq xkan lupakan ialah.....jeng3..ehe..

anta sumbangan tu naik lori!!hahaha....mmg lawak giler ar...
dh pakai cantik2..alih2 kena naik lori...jatuh saham aq...24 jam aq gelak kt atas lori tu..
tp apa2 pn kta org enjoy tau...dpt menghirup udara yg segar & xsegar...hohoho...

hahaha...byk kan aktiviti n pengalaman yg aq dpt semenjak jd student ni...tu semua yg sempat aq ceritakan la..ada byk lg sebenarnya...tp klau aq nk kluakan semua t xpasal2 penuh 1 page ni..hihi...segala kenangan pahit & manis kt Poliku ni dh tercoret dlm kotak memori aq utk aq cerita kpd anak2 dan cucu2 aq nnti...hehehe...berangan plak dh...renung2....ehe..

Saturday, August 14, 2010

Facebook | My Photos - Wall Photos

Facebook | My Photos - Wall Photos

menyakitkan!!

Arrrggghhhhh!!!Nasib baik la hari ni bulan mulia...klau x..dah lama mulut aq ni kasi ayat yg power2 kt ko tau!org zaman sekarang ni..mmg suka ambik kesempatan atas kebaikan org...sabar..sabar..sabar n sabar!lagi banyak yg aq taip..mkin kurang la pahala aq..bagus...mmg pandai pilih time...aq sukaaaaa la sgt2...!xpe2...SABAR lagi...

Wednesday, August 11, 2010

Pesta Niaga JP Poliku sesi Julai 2010 "Go Green!"


05/08/2010 --> Tarikh yg dak2 JP tnggu2 dimana dorg akan berniaga,membeli-blah n yg paling best cuci mata...hakhak...hari tu gak hari2 tension wat exco2 kelab sbb kena incharge mcm2 aktiviti...tp disebalik ketentionan kta org...adalah kegumbiraan yg teramat sgt sbb leh enjoy!hahaha..seblm pesta niaga tu mmg byk la keje last minute yg kena wat...al maklumla...ada gak yg xreti2 nk wt keja...hampeh!1st time xtdo sebab nk siapkan movie utk tayangan time perasmian...dh bg keja kt aq last minute...apa2 pn nk wt cm ne la kan..dh t/jwb aq...wt je la...byk gak peristiwa2 yg terjadi...haha..tp part yg aq paling suka bila time2 nk ambik gmb..haha..kt mne2 je msti ada muka aq ni haa...mmg muka xmalu langsung...hihih..

tgk...asal aq nk bergamba je ada je yg nk enterprem...time tu aq rasa cm artis la plak..fuiyoo...byknya peminat...hahaha...xde la..tu semua senior2 aq..ada gak la yg aq xkenal...time tu mmg gila ar..x abis2 muka aq ni kena shoot ngan membe2 aq yg mmg photographer...


Tgk la gelagat dorg..amacam??ada yg berkenan dihati??hahaha...thanks kt dorg sbb tangkap gmb aq byk2!!hihihi...


byk gak aktiviti kta org wat time tu..rugi tau bdk POLIKU yg xmelawat Pesta Niaga ari tu..hehe...aq ni hepi bkn sbb pe..sbb suka sgt kejar camera..nmpk je mmg kena pose ckit la..ckit ke byk eh??hihi..


classmate aq dr kiri:shim,zie,tania n aq sendri niesa!hehe..




dr kiri : nurul,hajar,AQ ler..hehe...,julie

hahaha..mcm2 kan aksi kte org time Pesta Niaga..ada byk lg tau..hehehe..aq postkan mna yg mampu je..ni haa..ada lg..muka aq ni ada kt mna2 je..hehe..




haa..tu plak gaya aq yg tgh bjln cari mkn...hihihi...tu la keja aq..xde keja
merayau...sambil2 tu cuci mata..hehehe..jgn marah haa...



Peerrhhhh!mmg sedap air yg aq minum tu...hanya dijual digerai kta org eh..sem dpn xjumpa la korg..klau nk..tnggu sem 5 ea..."7 Elephant seasons 3"...hehehe...


dimana ada lensa disitu ada aq..tidak mengira tempat dan masa..hehehe....



haha..macam2 gaya..background..semua ada...mmg gila la aq ni bila bab2 nk kejar cam..ehe....

apa2 pun Pesta Niaga yg bertemakan "GO Green" kali ni mmg gempak la..w/pn berlangsng selama 2 hari je...ok la gak..ada gak profit yg kta org dpt..to all exco2 JP congrats guys!!!Good Job w/pn ada gak yg xbrapa menjadinya..hehehe...apa2 pn we ar da best family of JP!yeahhh!GO GREEN!!Syahunk korg semua tau!!ingt tarikh ni 5&6 Ogos 2010(Bumbung Hijau POLIKU)


ini semua akan jd kenangan wt aq n x akan dpt dicari ganti..kenangan paling manis wat aq n kawan2 semua...