Thursday, July 29, 2010

hari ni punya kisah...

Bermulanya pada pukul 11.16 pagi...sepatutnya kelas aQ tammat pkul 12..tp al-maklum la..dak2 kelas aq ni mmg raja bodek la..entah spe la lect spe student...slumber jer dorg suh puan aq tu abiskn kelas awl...mulanya dia xnk..hahaha..biasa la kelas aq ni..klau bab nk abis kelas awl..mmg no.1..ade je alasan dorg bg...huhu..
tp aq bkan nk crita pasal membe2 aq yg ske balik awl n kelas aq yg abis awl..
ape yg aq nk crita ni pasal roomate aq...nme dia Hajar...hihihi..tp bkn crite yg x elok ok....cm ni kisah nye...lepas kelas..aq g la teman si Hajar ni g penyelia asrama..biasa la..pakwe dia ade kirim hadiah..n aq tau sgt la ape benda tu..aq ngan hajar pn ape lg..dgn muka x malu nye g angkt kotak yg besar tu balik bilik...hihihi....
Bila sampai bilik tu..ape lg..bukak kotak tu la...alangkah terkezutnye aq melihat teddy bear yg lebih kurang besarnya mcm aq ni..huhuhu....mmg best giler la...n meaning to say yg aq JeeeLLLeeessss giler la tgk bear tu...lgi2 aq ni mmg gila sgt bila tgk bear...dh tu bear tu kaler pink...wuuaaaaaaaa.....mmg aq tergoda sgt tgk bear tu..n jeles sgt2...huhuhu....utk membuang ckit perasaan cemburu aq tu..aq pn tangkap gmb ngan bear tu..tu pn ckp la...huhu...ape nk buat kan..rezeki aq je dpt bear kecik2...hihi..btw beruntung roomate aq tu lh tdo ngan bear yg besar mcm aq..hihi...
tgk betapa comelnye bear tu...huhuhu...



tp xpe la..satu hari nnti aq mesti dapat gak bear besar yg sebesar aq...hihi..
haa...ni plak bear2 yg aq ada...dh byk..mmg xbersyukur langsung..haha..tu semua aq dpt time besday aq...besday present la kte kan...hihi...






ok la allz..ckp la setakat ni dulu..w/pun kejelesan aq ni masih ade....hihihi...

Sunday, July 25, 2010

tiba-tiba...........

malam ni...kenapa la ek aq rasa semangat aQ tiba2 ilang...tiba2 je aq rasa down sgt...
isy!ape r..bab2 cm ni la aQ paling xsuka..korg nk tau sbb pe??sbb bile time2 semangat aQ ilang...bile time2 aq rasa down..haa....cepat je air mata aQ ni meleleh klua..cpt sgt nk menangis...pas tu aQ gak yg merasa peningnya..pening je xpe..org xnmpk...tp ngan mata yg bengkak...mau org xnmpk??lebih2 lg aQ ni yg kuat menangis..nangis tu lak bkn nye nk sekejap..slagi mata xbengkak..slagi tu la aQ ssh nk benti...adoi~ dh la mata aq sepet..bila dh bengkak tu makin la sepet...ohhh....tiddaaaaaaaaakkkkkkkk!!!!
sshnye jd org sensitif cm aQ ni......nk ckp aQ frust sejak ble plak aQ ni bercinta... xkn la sbb bnda tu je aQ dh rse cm frust...tp ape yg aQ rse skarang ni mmg cm org tgh frust pn...boleh gile aQ cm ni...aQ harap semua ni kejap je...aQ harap perkara ni cuma nk singgah je kt hati aQ sbb nk uji aQ kuat ke x..sape ckp aQ xkuat??walaupun aQ menangis...lama2 aQ msti jd kuat...aQ mesti YAKIN BOLEH!!
apa2 pn..aQ dh tetapkan dlm hati aQ yg aQ xkn jd lemah sbb CINTA!aQ xnk jd bodoh sbb CINTA!aq tau CINTA tu suci..tp sbb CINTA tu gak la aq hilang kewarasan akal...
cinta oh cinta...

Wednesday, July 21, 2010

sshhhuuuhhh.....pergi kau perasaan....!


Hari ni aq nk kongsi lagi perasaan aq yg dh semakin menggila & dh kritikal kena msuk ICU kot...hahaha...nk cakap aq suka sgt kt dia..xde la sgt..nk ckp aq jatuh cinta kt dia mayb kot..aq pn xpham ar perasaan sndri..tp yg pasti aq happy bila chatting ngan dia..aq tenang bila aq sms ngan dia & blh dkatakan bila dia ada je aq msti rasa bhagia wlaupun kte org xpernah jmpe n xpernah bersua..sembang dlm phone xpnh ape lg nk denga suara dia...entah la perasaan ape yg dh merasuk jiwa aq ni...kadang2 tu aq ade gak rase rindu kt dia...nk ckp rindu sgt2...xla kot..tp rindu la jgak..isy!ntah la...haha...kejap rindu sgt kejap x..pelik2...hihihi....
aq malas la nk fikir sgt pasal perasaan aq nie..saje nk dera dia spaya berdikari ckit..jgn ngade2 nk seksa dri skarang ni...bak kata si dia..aq kan masih muda...jd ape salahnya kite ennnjjooyyy!!hahaha....klau perasaan tu dtg pandai2 la aq nk halau dia...wat do noe je...haha...(ye2 je..klau blh wt xpe r gak..haha...)

ni ha..aq ade jumpa 10 tanda dia jodoh kita..hahaha..nk gak share kt korg..
10 tanda mununjukkan dia jodoh kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

Friday, July 09, 2010

Jatuh cinta???

kali ni aq nk kongsi sikit perasaan aq sejak 2,3 hari ni...perasaan yg ssh aq sndri nk tafsir...n ape lg nk elakkan..sejak aq rapat ngan seseorang...aq pn xtau cm ne aq lh selese ngan dia..dia lah tempat aq meluahkan segala kekecewaan...semua nasihat dia aq leh terima padahal b4 ni aq paling susah nk terima nasihat dr org lain....tapi aq xnk cepat melatah ngan perasaan ni..aq tahu Allah nk uji aq...lagipun dia dh anggap aq macam ADIK dia sendri..jadi aq xbrani la nk cakap lebih2 lagi pun dia sanggup tolong aq..aq terharu sangat dengan perhatian yang dia bg kt aq...walaupun kte org xpernah berjumpa sebab dia study kt pahang..kenal pn dr membe then kenal plak dia thru FB...

persoalannya boleh ke x aq nk halang perasaan ni dr terus mencuri hati aq ni???mampu ke x aq nk halang prasaan ni...susah jugak aq nk tafsir perasaan aq sendiri..lebih2 lagi bila semuanya berkaitan dengan hati...bak kata pepatah "ikut hati mati,ikut rasa binasa"..jadi aq mesti la bersabar dengan semua ni..kerana cinta abadi ialah CINTA ALLAH...cinta kepada manusia merupakan fitrah...aq sebagai manusia biasa tak mampu menghalang perasaan tu drpd hadir..smua org ingin dicintai dan mencintai...aq harap dan mintak sgt2 kt ALLAH spya perasaan aq kt dia cepat2 la hilang..bg aq perasaan ni mainan hati...aq xsanggup kecewa lagi...tp kalau ALLAH memang telah menetapkan dia adalah jodoh buat aq...aq redha dengan segala takdir yang telah ditentukan..dengan itu aq kongsi jugak la "Doa Buat Kekasih" yang aq dapat dari membe2 aq...

Tips Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang
soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia
dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api
Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin