Monday, September 20, 2010

Pening fikir pasal cinta…

"Dalam hidup ni,banyak yang kita perlu pelajari.Tapi bila ianya berkaitan dengan cinta,segalanya hadir tanpa dipinta,tanpa disedari.."

Mlm ni aq terfikir…kenapa aq xblh lari dari perasaan ni…perasaan cinta..cinta sesama manusia…berlainan jantina ye..ehe..tajuk utama mlm ni x lain xbukan ialah CINTA…cinta oh cinta…kenapa cinta ni perlu hadir di saat aq cuba untuk lari dari perasaan yg sgt istimewa itu…cinta??orang cakap cinta tu buta…bukan ke kita ni yg buta nak menilai apa erti CINTA yg sebenarnya….

Suka??cinta??semua tu berbeza kan??aq dh baca artikel Suka vs Cinta…artikel tu sgt membantu aq..tp aq masih xdpt tafsir perasaan aq sendiri…pelik kan aq ni…bila bab nk bg nasihat kat org..nk tolong org pasal cinta2 ni bleh plak aq..ntah ape2…bila kena kat batang hidung sendiri…haru..semuanya xkena..tdo xkenyang..mandi xlena..makan xbasah…adoh2…ehe….jiwa kacau jdnya…

"CINTA ibarat pasu antik,ia sukar ditemui & diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.

Andainya cinta hadir untuk mengecewakan,lebih baik cinta itu tak pernah hadir...”

“ Love is a cycle…when u love u get hurt,u hate…when u hate,u try to forget..when u try to forget,u start missing & when u start missing,eventually u’ii feel in love again…”semua ni mcm dh jd lumrah je..semakin kita benci kat org tu..makin tambah2 plak sayangnya kat org tu…bila ada yg sayang kita…kita plak yg ngade2 xlh terima someone tuh…aduhai…cinta bikin saya pusing daa…

Tak salahkan bercinta asal kita berpegang teguh dgn cinta hakiki…iaitu cinta kpd Rabb..cinta yg xpernah hilang dan sentiasa membawa ketenangan…aq sentiasa baca doa ni..semoga kita semua mendapat pasangan yg soleh & solehah..amin~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
????: Forum Sepaku.net - Komuniti terhangat masakini
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat
membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang
soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia
dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api
Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin


No comments:

Post a Comment