Saturday, May 09, 2015

❤ Counting days ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Sejak bermenjak ni mood blogging memang dah semakin tipis. Dalam sakit sana sakit sini, Alhamdulillah terima berita baik. Lagi 3 hari sebelum menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan kat tempat kerja ni. Syukur sangat-sangat. New job, new place and InshaAllah new life. Rehat sehari je sebelum melapor diri kat tempat baru.


Maaf lah tak sempat nak balas komen kawan-kawan semua. Memang rindu nk bloggin tapi.. Doakan niesa ye. Kak Nuriesya Good luck to you!hehe. 

Tuesday, April 21, 2015

❤ Ujian 2015 ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

sumber gambar : SINI

Sesungguhnya Allah yang Maha berkuasa di langit dan dibumi. Kalau sakit ini sebagai ujian. Terima kasih kepada yang menghantar. Dengan izin Allah ubatnya ada. 

Sukar untuk menggambarkan perasaan niesa saat dan ketika ini. Semoga Allah bagi kekuatan dan ketabahan.

Monday, April 13, 2015

❤ Demam & Ear Infection ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,

Dah lebih kurang seminggu niesa demam. Alhamdulillah hari ni dah kebah sikit tapi penyakit lain pulak datang. Disebabkan kahak yg banyak niesa terkena ear infection. Semalam langsung tak leh tidur buat tekanan darah niesa naik ke 139. huhu. Tak boleh nak tidur sebab telinga memang sakit sangat-sangat. Dah lah sakit, berdengung pulak, dah macam orang pekak. Hari tu masa g klinik doctor tak ada check apa-apa cuma tanya sakit apa. Ubat antibiotik pun tak bagi. Nasib baik ada klinik baru, servis pun ok. Sekararang ni kena mengadap lah ubat-ubat yang belambak tu. Nanti dah sembuh sepenuhnya niesa kembali blogging.xoxo

Saturday, March 28, 2015

❤ Keywords ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Hari ni saja je check keywords dekat nuffnang. Dalam banyak-banyak keywords satu tu paling erks...


menu masak pansuh anjing??? Hahaha. adoiii. Macam manalah keyword tu boleh sesat dekat blog niesa plak.

Selamat berhujung minggu!xoxo

Friday, March 27, 2015

❤ Angan-angan atau? ❤

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Bila dah ada kerajinan nak update blog ni idea pulak kekeringan. Dari tadi duduk termenung. Niesa sebenarnya berangan nak bukak cafe dekat tempat niesa ni. Angan-angan ni dah lama tau. Buat macam mini library or book cafe gitu. Then, last month my friend berjaya bukak book cafe dekat rumah dia. Kawan-kawan yg ada friend dgn niesa kat fb mesti tau pasal ni. Sebab niesa bersungguh-sungguh nak mempromosikan cafe kawan niesa ni. Excited kot.hehe


Semua desserts yang dia buat memang sedap. Memang setiap malam niesa g rumah dia utk tlg apa yang patut. Happy bila tgk kawan berjaya. Minggu lepas pun kita orang berhempas pulas baking sebab ada bukak booth dekat satu event Pertandingan Muay Thai Piala TYT Sarawak. Alhamdulillah memang dapat sambutan. Penat tu memang tak payah cakap lah sebab siang niesa kerja malam pulak tolong dia jual. 

Dari situ semangat untuk ada cafe sendiri mula disuntik. Cuma nak fikir concept lain. Tapi menu memang more to desserts lah. Memandangkan Bintulu pun semakin membangun. Shopping mall, rumah-rumah kedai pun semakin banyak. Jadi why not mencuba kan? manalah tahu angan-angan niesa dulu tu nanti jadi kenyataan. Sekarang ni tengah usaha untuk saving dan belajar buat desserts tu semua. Kawan niesa pun dah mula siapkan Business Plan. Cuma sekarang tengah perah otak nak buat concept apa. Kawan-kawan ada idea? Sharing is caring. :P


Dah lama x bubuh gambar sendiri dalam blog. :P Housekeeping selalu cakap mata niesa macam mata tidur. Macam mana tu?bila kata sepet dia cakap bukan pulak. Hahaha. Mata tidur pun boleyyyy.





Wednesday, March 25, 2015

❤ Wordless Wednesday : Crush ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,


kihkihkih.

Tak tahu nak update ape daaaa..xoxo

Monday, March 23, 2015

❤ Kau Tetap Dalam Anganku - Azie ❤

Assalammualaikum dan selamat petang,



Ada kisah disebalik lagu ni. Hahaha Tetiba terlayan pulak petang ni kan.